Showing posts with label Fawwaz. Show all posts
Showing posts with label Fawwaz. Show all posts

Friday, 16 June 2017

On a train ride

First time on a train ride to send Fawwaz back to Kuantan.

And he saw the SEA mascot! And he said, "Nak ambil gambar dengan kucing."
His father keep correcting him, "Harimau la tu."

Hence the picture. Kinda cute, eih? (the tiger and the kid's expression).


Wednesday, 22 February 2017

Melawat Fawwaz di Kuantan

Kami mengetahui Fawwaz mendapat tawaran melalui SMS yang diberikan oleh pihak MARA. Tak tersangka sebab sebenarnya saya menunggu Aini memberitahu bahawa Auni mendapat tawaran pada 23 Januari lepas.

Saya sampai tidak boleh tidur malam, sebab masih terkejut. Kemudian, apabila melihat surat tawaran secara atas talian, ternyata Fawwaz ditawarkan ke MRSM Kuantan. Pilihan kami ketika itu sebenarnya adalah MRSM Bentong. Catatan ini bukanlah bermaksud saya ingin berbangga diri atau riak. Alhamdulillah, dah dilorongkan pula rezeki dari Allah, Fawwaz ditawarkan ke MRSM.

Kami memberitahu Fawwaz pada keesokan harinya, dan ketika itu beliau masih ingin berfikir untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Malahan, keputusan diberikan pada malam itu kepada kami. Suami pun positif dengan penerimaan Fawwaz.

Lalu bermulalah 2 minggu itu, kami sibuk menyediakan barang-barang ke asrama. Pendaftaran pada 6 Februari (2 hari selepas Aini disahkan stroke), jadi agak gundah gulana juga ketika menguruskan barang-barang keperluan. Mertua datang dari Melaka untuk satu hari, bagi menguruskan anak-anak yang bersekolah. Terima kasih Mak Ayah sebab membantu.

Bertolak ke Kuantan pada 5 Februari, dan pada malam itu, kami telah ke sekolah untuk melihat kawasan MRSM tersebut. Sekadar melihat jalan dan menganggarkan masa yang diperlukan esok semasa pendaftaran.

Alhamdulillah, hari Isnin semasa pendaftaran, kesemuanya selesai secara pantas. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu Cikgu Naszeri, guru Pendidikan Jasmani di MRSM Jasin dahulu, yang telah dilantik menjadi Pengetua MRSM (mungkin saya akan bercerita kisah ini kemudian, hahaah).

Fawwaz ditempatkan di blok dorm J, dan para pelajar senior membantu Fawwaz untuk sesi pendaftaran serta membawa barang ke asrama.

Dalam dorm.

Menunggu sesi penerangan dari Pengetua.

Selesai urusan, kami ke Teluk Cempedak, meluangkan masa.

Fawwaz membawa Faiq melihat biawak
Selepas selesai segala urusan, kami bertolak balik ke KL. Kami telah berjanji melawat dia pada 18 Februari (balik bermalam) sambil membawa adik beradiknya makan angin di Kuantan.

Alhamdulillah, he is coping well. Minta juga dia doakan agar Aini cepat sembuh.

Yang kelakarnya, ketika kami mengambil beliau, sampai sahaja di homestay, dia terus tidur.

Dia siap komen kepada Amni, "Amni tidak tahu nikmatnya tidur sehingga masuk asrama."
Hahaha. Maklumlah dia perlu tidur jam 12 tengahmalam dan bangun jam 5 pagi. Selepas itu dia bertanya pada saya, dan saya menjawab, " Ya, ibu faham. Ibu juga budak asrama."



Friday, 3 February 2017

Hydrotherapy

We switched hospital since the previous doctor's appointment was too jammed packed to fit our schedule.

Suddenly, Fawwaz's schedule was filled up with physiotherapy.

He went for hydrotherapy yesterday and will meet the doctor tomorrow.

Thursday, 26 January 2017

Saya budak MRSM

5 tahun bersekolah di 2 MRSM. Kalau dahulu, MRSM terdiri daripada MRSM menengah rendah dan menengah atas.

3 tahun di MRSM Pasir Tumboh, Kelantan. Saya banyak belajar mensyukuri nikmat di sana. Berapa ramai yang boleh mengaku rakan sekolah anak penoreh getah atau pesawah padi? Berapa ramai boleh cerita kawannya duduk jauh di kawasan pendalaman, dengan jalan tanah merah datang ke sekolah (duduk bersama) menggalas harapan keluarga?

Saya teringat semasa di tingkatan 2 atau 3, membantu menjaga kaunter pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1. Kaunter disusun mengikut pembayaran seperti koperasi dan yuran. Ada seorang gadis datang bersama atuknya, bertongkat dan kemungkinan besar tidak nampak. Bila disebut berapa yang perlu dibayar pada tiap-tiap kaunter, si gadis akan memegang tangan atoknya dan berkata, "Atok, kena bayar banyak ni (sambil menyebut jumlahnya)". Lalu si atuk dengan gigih akan mengeluarkan duit dan membayar perbelanjaan cucunya itu.

Saya sangat terkesan dengan peristiwa itu. Sudah lebih 20 tahun saya pertama kali mendaftar sebagai pelajar MRSM, tetapi peristiwa yang ini saya masih ingat untuk saya mensyukuri nikmat yang sedia ada.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah kurniakan, beserta harapan dan doa ibubapa, saya dan Aini mendapat keputusan yang cemerlang semasa tingkatan 3. Maka, kami mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM yang menyediakan Program Khas Pendidikan atau lebih dikenali sebagai kategori MRSM Bitara.

Kami ke MRSM Jasin. Dan alhamdulillah, sekali lagi Allah bukakan mata, bahawa kami ini pun bukanlah pandai mana. Ada orang terlebih-lebih pandai. Cabarannya di sana adalah, you are not the best, but you want to be the best! Maka haruslah pula buktikan kita kena rajin untuk mendapat keputusan cemerlang.

MRSM Jasin ketika itu pengisiannya banyak menjurus ke arah agama. Sampai sekolah kami digelar MRSM Agama. Zaman dahulu bukan macam sekarang, mana orang tahu pasal agama sangat.

Kenangan di MRSM, banyak, tak terbilang. Entah hendak nak mula dari mana. Syukur Allah pilih saya jadi budak MRSM. Alhamdulillah, rakan-rakan jadi manusia.

Dan dengan ini, saya sangat terkejut apabila menerima SMS Isnin lepas bahawa Fawwaz mendapat tawaran masuk MRSM! Malahan, Fawwaz tidak dipanggil temuduga pun! Masya Allah, sampai terkesima saya beberapa hari menatap surat tawaran atas talian.

Saya bertanya bekas-bekas guru saya juga, malahan bekas guru Geografi saya, Cikgu Azah berkata, "Itulah rezeki yang tidak disangka."

Mungkinlah agaknya Fawwaz pula akan teruskan tradisi jadi budak MRSM. Wallahu'alam.

Friday, 18 November 2016

Terima kasih untuk usahamu


Alhamdulillah, semalam telah diumumkan keputusan UPSR 2016. Anak-anak ramai yang kecewa, sedih dan terkejut. Keputusan sebenar terlalu berbeza dengan keputusan percubaan.

Tiba di sekolah dalam jam 10 pagi. Fawwaz sudah menanti di kantin sekolah. Keputusan pun sebenarnya sudah diketahui melalui perkhidmatan SMS. Cuma didiamkan sahaja agar biar Fawwaz sendiri yang tahu dari gurunya.

Harapan ibu bapa, semestinya 6A. Melihat penurunan yang sangat drastik bagi sekolah-sekolah di Malaysia, menyebabkan saya bersyukur Fawwaz mendapat keputusan yang dikira agak baik. Dari sekolahnya, 4 orang telah mendapat 6A, 15 orang mendapat 5A, 16 orang = 4A. Bilangan calon adalah dalam 320 orang.

Fawwaz telah mendapat 3A, 2B dan 1C.

I love you to the moon and back.

Walaupun mungkin bagi kebanyakan ibubapa, keputusan yang @fawwazamin_ hadiahkan untuk kami mungkin kategori biasa-biasa. Berapa ramai anak-anak yang pilu dan menangis apabila keputusan diumumkan.

Mencabar hendak membesarkan khalifah Allah ini. Malahan, UPSR yang lalu sebenarnya membebankan emosi anak-anak dengan harapan yang menggunung.

Maka, haruslah ibubapa tersenyum, peluk anak-anak kalian. Mereka sudah dari mula bersusah payah dan memberikan yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita kecewa, fikirkanlah hati anak yang berderai umpama kaca yang retak itu. Walaupun hanya berumur 12 tahun, sudah tentu mereka juga boleh berfikir dan mempunyai hati dan perasaan.

Sesungguhnya UPSR 2016 adalah sebuah ujian sebagai ukuran adakah cinta kita kepada anak-anak itu bersyarat atau tidak.

Dan saya memilih untuk meraikannya walaupun dia tidak memberikan semua A, malahan berwarna warni, hanya kerana usahanya.




Saya suka tazkirah ini

Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)
Hari ini Keputusan UPSR : 💖SAYANG TANPA BERSYARAT

oleh : UBF, Islamic Psychologist/ Motivator

Assalamualaikum wbt👍
Buat ayah ibu tahun 6, 2016, Insya Allah hari ini ayah ibu akan menanti📋keputusan UPSR anak. Anak2 pula penuh dgn debaran, risau dgn keputusan. Dan yg lebih mereka risau dan takut adalah respon ayah ibu.

Buat ayah ibu...👪
Keputusan UPSR hari inj bukan semata2 kegerunan buat anak2 malahan ujian besar buat kita. Allah uji kita bagaimana kita mahu respon setelah mengetahui keputusan UPSR anak.
✔peluk sambil nangis
✔cium
✔tepuk bahu anak
✔marah
✔kecewa
✔sedih
✔cubit, tarik telinga

Macam2 andaian yg bakal berlaku. Ayah ibu pun mcm dah set je nak respon macam mana kan..😅 Sabar... Baca ni dulu.

❔Soalnya, adakah respon kita bergantung dgn keputusan UPSR anak?

❌Kalau begitu, ertinya sayang kita bersyarat kan... Sayang ketika berjaya, benci atau marah bila gagal. Dan 1 kesilapan yg besar kalau sayang bila berjaya marah bila gagal. Kerana keputusan berjaya ataupun gagal bukan urusan anak2 kita, apatah lagi kita. Itu urusan Allah yg memang kita tak boleh nak campurtangan. Bagaimana ayah ibu boleh menentang ketetapan Allah?

🙋Ye tau, yang ayah ibu marah bukan sbb gagal, tapi sbb anak tak belajar dan tak sungguh2 belajar. UBF cadangkan 1 cara terbaik utk respon kpd anak2 yg masih belum berjaya terutamanya yg main2 belajar.
🆗1. Peluk cium
🆗2. Nangis (kalau boleh😊)
🆗3. Dan cakap baik2 begini dgn anak,
        
          "Rasa apa bang? Sedih? Nampak kan bila main2 belajar, abg x dpt A. Abg gagal. Tp gagal pun ayah tetap sayang abg. Mmg ayah sedih abg x berjaya UPSR tp ayah lg sedih kalau abg x solat, tak dgr ckp ayah ibu. Klu abg x dpt nk gembirakan ayah n ibu dgn 6A pun takpe... abg gembirakan kami dgn solat dan dgr ckp ayah ibu ok."

🔮Yelah... nak marah pun result dh dapat kan...bukan boleh ubah pun. Dah tu, baiklah ckp baik2. Sbb dgn marah meretakkan hubungan. Walaupun dah tau keputusan tak boleh diubah, tapi sekurang-kurangnya dgn bercakap baik2 kita membina hubungan yg bahagia. Anak pun selesa, ayah ibu pun bahagia.

Hidup Mati Biarlah Bererti
Ust Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF) 0196501002, Perunding Utama NADI ILMU Training Management


Just a stat

/nst

UPSR 2016: Under new exam format,  4,896 pupils (3,174 in urban & 1,722 rural) scored straight As.-Edu DG Khair

Last year, 38,344 pupils obtained As in all subjects.

Thursday, 10 November 2016

Happy birthday Fawwaz (with a broken arm)

 He celebrated his birthday with a broken right arm. Fractured and dislocated.

Last Friday, we rushed him to the Emergency Department at Hospital Tawakkal. He was admitted immediately. Operation was scheduled the next day by the orthopedic surgeon.

Amni called me at 2 p.m. to inform about Fawwaz. And my husband rushed back home as soon as possible. He was wailing non stop.

 That is how his broken arm looks like, before the operation. Broken *gasps*

Before entering the operation theatre.

 During observation after operation. The operation was around 40 minutes.

Went there on Saturday. He was still on sedative. Vomiting non stop after operation. He was aware I was there, but he dozed off because of anesthesia effect, In fact, he did not eat anything at all. The nurse put on the drip for him.

 Cousins and grandparents went to visit him.
 
The x-ray after the operation. The doctor has to insert 3 wires.

Fawwaz missed his primary school graduation today. And another celebration on Saturday. He is OK with it, and I took long leave for one week.

Friday, 21 October 2016

Alhamdulillah, Fawwaz messaged me that he finished (khatam) the Quran this afternoon.

Thursday, 6 October 2016

Fawwaz is having fun!

He finished the PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) last week. What a relief! UPSR + PSRA passed in a flurry of activities, and 2 weeks apart (in between, there is Raya Haji, Malaysia Day and school holiday!)

So how did he celebrate after finishing his PSRA?

Playing around with water and tepung (flour), even the ustazs and ustazahs were not spared from being pranked by Standard 6. After that, they had to clean up the school and classrooms.
And then, Fawwaz went to Langkawi that Friday night, after Maghrib prayer. Since Sunday is a public holiday (Awal Muharam), Monday is considered a replacement public holiday. Hence his trip was from Friday - Monday.

Since he is an extrovert, I guess you can identify him in the picture quite well.. Tehehehe

And one more picture with their Guru Disiplin
I asked Fawwaz to buy chocolates (one of the must buy items if you went to Langkawi), and he bought stashes of Smarties, Tic Tac and Daim. He also bring back the delicious fish satays. For himself, he bought an MU jersey (the trip also covered Padang Besar) and a Ray Ban sun glasses.

An enjoyable trip nonetheless.

Friday, 9 September 2016

Minggu UPSR

Fawwaz Amin, anak keduaku telah menempuhi UPSR pada minggu ini. Masya' Allah. Sekejap sahaja masa berlalu.

Dengan Fawwaz, perlu diberi lebih perhatian. Dia pandai tetapi perlu sedikit usaha. Tidak pernah mendapat antara nombor teratas di dalam kelas semasa Tahap 1. Memasuki Tahap 2, terus sahaja namanya naik di nombor 2. Tahun lepas, semasa darjah 5, beliau sepatutnya mendapat nombor 1, tetapi guru kelasnya tersalah kira. Akhirnya, merajuk 2 hari dengan cikgu.

Tidak apalah Fawwaz.

Minggu ini mendebarkan, kerana keputusan ujian percubaan UPSR agak berwarna warni walaupun tidak gagal. Sekurang-kurangnya, apabila dilihat dari awal tahun, markahnya sudah naik berdikit-dikit. Walau bagaimanapun, harus lebih usaha untuk dapat A.

Tahun ini pula kali pertama diperkenalkan 6A di dalam UPSR. Subjek Bahasa Inggeris telah dipecahkan menjadi 2 kertas: Pemahaman dan Penulisan. Dan tahun ini juga, agak mencabar kerana hampir 90% format ditukar untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Saya kira, untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2004, mereka sudah seperti bahan ujikaji, di mana sukatan pembelajaran ditukar berkali-kali. Buku teks pula hanya dapat selepas mula persekolahan kerana pertukaran sukatan pembelajaran.

Seingat saya, kata menteri, UPSR akan dimansuhkan untuk mereka yang masuk darjah 1 pada tahun 2011. Alih-alih, hanya pada darjah 5, kementerian mengumumkan UPSR akan diadakan semula dengan tambahan subjek untuk peperiksaan.

Walau bagaimanapun, ibu dan abah tahu Fawwaz sudah buat yang terbaik. Ibu tidak mahu Fawwaz kecewa kerana tidak berusaha. Ibu mahu Fawwaz berusaha walaupun mungkin atau tidak mendapat 6A.

Alhamdulillah, semalam sudah selesai peperiksaan UPSR.

Menanti Fawwaz selesai kertas peperiksan pada hari pertama bersama Fateh
Sebenarnya ibunya yang seronok terlebih selesai kertas terakhir semalam, kertas Sains.
Meraikan selesai peperiksaan, hahaha...
Setiap pagi, abah yang telah menghantar Fawwaz ke sekolah, kerana ibu menguruskan adik-adik di rumah. Kemudian pada waktu tengahari, ibu yang akan mengambil Fawwaz dari sekolah, usai peperiksaan. Begitulah rutin minggu ini.

Alhamdulillah, Fawwaz di darjah 6, walaupun banyak cabaran kerana memberikan gred berwarna-warni, apabila hampir ke tarikh peperiksaan, Fawwaz sudah cuba dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke akhirnya.

Moga usaha Fawwaz menggali ilmu diberkati...

Tuesday, 9 August 2016

I have a heart to heart talk with Fawwaz.

Shed a few tears. Talking about our hopes.
Thanks to my close friends who suggested the session.

Thursday, 4 August 2016

Sabar itu indah, Aida

Haruslah berkata begitu. Berwarna warni melihat keputusan peperiksaan Fawwaz. Ada subjek ada peningkatan, ada subjek yang merosot.

Allahu allahu, walaupun sudah intensif mengajar dan membuat latih tubi bersama, dia masih agak lemah. Saya sedar Fawwaz ini memang agak 'rajin' orangnya. Itu pun harus dipaksa-dipaksa membuat latihan. Entah sudah berapa bulan sebenarnya dia berlatih tubi dengan saya. Semenjak awal tahun.

Mungkin bagi orang lain, mereka akan kata saya bukan ibu yang bagus. Ya, sudah beberapa kali ada orang yang berkata begitu kepada saya. Mereka sendiri tidak melihat betapa saya bersengkang mata melihat Fawwaz membuat latihan, kemudian membetulkan kesalahan yang dilakukan. Setiap hari. Apa yang orang lihat dan akan kata, "Oh keputusan anak tidak memberangsangkan. Mesti ibunya yang tidak kisah."

Sedih, tahu tak? Kemudian sibuk bandingkan dengan anak orang lain. Nanti bila disebut umpama ibunya ini tidak kisah langsung, padahal setiap pagi selepas solat saya doakan dia.

Entah berapa kali Fawwaz sudah dimarah kerana tidak bersungguh. Walaupun saya sendiri di depan dia dan ajar dia satu persatu. Kadang suami pujuk, anak lelaki begitulah. Saya sebenarnya sedih sekiranya dia tidak dapat keputusan yang bagus kerana tidak berusaha dengan bersungguh.

Semalam lagi, ayahnya sudah marah lagi. Fawwaz banyak lakukan kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai silly mistakes atau kes terlepas pandang.

Contohnya: Matematik. Elok-elok sudah buat kiraan jawapan dapat 240, dia boleh salin 340 di bahagian jawapan.

Lagi sebulan hendak UPSR ini, lagilah saya risau.

Allahu.

Monday, 25 April 2016

Krispy Kreme Joy Run

Our first run, definitely not the last. 5 km at Universiti Malaya. We even had to climb 2 hills for the track (and one of the hills was really really really testing my endurance).

I reached first, but Fawwaz had blisters (thus, my husband was waiting for him. Personal time to finish the 5 km run was 42 minutes.

What keep me going was, I saw a pakcik ran without wearing the shoes (tabiklah pakcik!). I even had to catch my breath at few checkpoints (with 4 colour station - hence it was called Larian Spektra) and had a drink halfway through the course.

One guy was carrying his baby using a baby carrier *oh wow*. And we already was short of breath and feel tired just a few minutes running (well, that explains that we are really not fit *reality check*).

Nevertheless, it was a lot of fun. Food sponsors are - Krispy Kreme (glazed donuts!), 100 Plus, Gardenia, Indocafe and even Slurpee!!!

There was a free photo booth, but I think we were just too tired to wait in lines.

Hence, the pictures after the run.




Thursday, 28 January 2016

Tahniah abang Fawwaz!

Teruskan momentum untuk UPSR dan PSRA!

Wednesday, 18 November 2015

Buat anak-anakku...

Ibu doakan moga kalian dikurniakan syurga.

Ibu juga mengharapkan pencapaian di dunia, tetapi biarlah pencapaian itu sejajar dengan kehendak ibu untuk kalian ke syurga. Apa lagi yang lebih ibu impikan tatkala anak-anak ibu sendiri sudah sedar untuk menjaga waktu solat dan sanggup ke masjid untuk solat berjemaah?

Walau bagaimana susah pun sesuatu ujian itu, mungkin sudah termaktub itu sahaja yang Allah ingin hadiahkan untuk kalian. Ibu juga harus belajar menerima, dan ini juga ujian untuk ibu juga. Ibu tahu anak ibu sudah melakukan yang terbaik, dari segi usaha, maka tidaklah perlu kalian kecewa dengan hasil di dunia.

Rasa cemburu itu harus ada. Untuk kita memperbaiki diri sendiri.


Bagi orang lain, mungkin tiada apa-apa. Untuk Amni, inilah ujian terbesar sepanjang Amni bersekolah rendah. Ibu tahu Amni OK sahaja dengan keputusan yang diterima. Mungkin juga Allah hendak tunjukkan pada ibu, bahawa hati ibu sehingga semalam masih berbolak balik untuk Amni bersekolah di rumah atau perlu ke asrama.

Dan dengan keputusanmu nak, moga Amni lebih bahagia.
Alhamdulillah. Cukup sudah A itu, nak. Ibu bangga denganmu.

Monday, 24 August 2015

Updates after a long break

Alhamdulillah di atas nikmatMu, ya Allah.

The small things matters. I have been too busy with my office work, that I sometimes forget that my eldest, Amni will be sitting for her first major examination in her life: Ujian Penilaian Sekolah Rendah. With just a few weeks to go, the preparation has been intensive. From the start of Standard 6, her school has been conducting extra classes during the weekends. We have only been able to take a break during the Aidilfitri.

We have enrolled Fawwaz for tuition classes. At least a start for him. Let see how things goes.

Fahri has been consistently doing well in school. And Fateh has been improving after we enrolled him in the extra agama classes in the kindergarten.

That's Fateh and his best friend, Syafiq. He has been talking non stop about his best friend, and I noticed that he enjoyed his moments with this little guy. Went for his sport day last Saturday, with Amni at school involved in the Kem Pecutan program.

Went to Julie's house - she will be going for her Hajj on Thursday. We were able to reconnect with other long lost university friends. Imagine seeing some of our friends, after the university years.

I think Hajj story is better reserved for another post, I suppose. Talking about Hajj, we had a surreal experience. We went for our Hajj at the age of 26.

Tuesday, 14 July 2015

Tadarus Al-Quran di sekolah

Alhamdulillah, sekolah agama anak-anak mengadakan tadarus Al-Quran pada hari Jumaat yang lepas. Malam sebelumnya, ibu dan abah sibuk membelikan bunga telur untuk dibawa ke sekolah.

Walau anak-anak kenakalannya menguji jiwa, insya Allah mereka masih mendengar kata. Dan yang paling membahagiakan, suka ke masjid dan surau. Fawwaz dan Fahri memang sekadar berbuka puasa di surau. Hanya berbuka puasa di rumah ketika hujung minggu.

Ramadhan kali ini, terasa letihnya. Mungkin usia sudah meningkat. Yang pastinya, si bongsu Faiq pun sibuk hendak bangun sahur. Ya, dia masih menyusu badan (walaupun bukan sepenuhnya). Fateh pula masih belum berpuasa, diajar mencuba sedikit-sedikit.






Menatap gambar-gambar di atas sudah cukup membahagiakan ibunya. Anak-anak pula alhamdulillah, walaupun belum khatam al-Quran, bacaan lebih lancar dari ibunya semasa kecil.

Minggu lepas juga, adalah peperiksaan percubaan UPSR yang pertama.

Friday, 5 June 2015

Robo Junior Camp







My kids got 3rd place. Alhamdulillah.

But that Lego Mindstorm set is priced at RM 2800 *gasp*

Oh NO NO NO

Monday, 1 June 2015

Mei yang menduga

Bertimbun-timbun kerja, dan pada masa yang sama, walaupun telah bermula cuti sekolah pada hari ini, membina latih tubi untuk anak-anak. Tengok keputusan peperiksaan, terutamanya Fawwaz, memang sangat perlu perhatian.

Entah di mana silapnya, mungkin orang akan kata saya tidak mengajar anak. Walhal sudah duduk dengan dia setiap malam buka buku dan buat latihan. Semalam berbincang panjang dengan suami. Agaknya perlu hantar ke kelas tuisyen untuk perkukuhkan yang asas semula. Fawwaz, semasa di darjah 4, alhamdulillah terang hati. Bila diajar cepat tangkap dan mudah faham. Mungkin sekarang dia banyak bermain, dan sangat menduga kami.

Dugaan dari segi sentiasa mengeluh kalau dipaksa buat kerja sekolah atau kerja rumah. Saya paksa paksa paksa pun dia masih mengelat. Alasan biasa diberikan - cikgu belum ajar.

Pernah sekali, masa balik kampung, kerja sekolahnya bertimbun-timbun. Saya paksa buat dan dia kata "Macam ini bukan cuti balik kampung."


Allahuakbar. Mujur sudah dipaksa. Kalau tidak dipaksa, agaknya semua subjek dicatatnya F.

Moga ibu bapanya diberi kesabaran dengan si Fawwaz.

Monday, 5 January 2015

Edisi jimat bajet: Muzium Negara

Disebabkan hendak berjimat, jadi kami sepakat untuk ke Muzium Negara atas permintaan Fawwaz. Fawwaz memang agak patriotik, dia sangat suka kalau kami bawa ke muzium. Dan selalunya, dialah orang pertama yang akan mengajak kami ke muzium.

Menggamit kenangan juga hendak ke Muzium Negara. Kalau tidak silap, kali terakhir menjejakkan kaki di sini di zaman sekolah rendah dahulu. Lebih 20 tahun sudah rupanya..

Muzium Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang (ditutup hanya pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha). Harga tiket masuk untuk warganegara Malaysia hanyalah RM 2 untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak, ianya percuma.

Terbahagi kepada 4 galeri:

Galeri Sejarah Awal

Galeri ini mempersembahkan segala maklumat dan bukti-bukti tinggalan kebudayaan (material Culture) masyarakat awal di Malaysia. Melalui kajian sejarah dan kerja-kerja ekskavasi di lapangan oleh ahli-ahli akademik dan arkeologi mendapati bahawa masyarakat terawal di negara ini muncul kira-kira 500,000 tahun SM. Masyarakat ini menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing-tebing sungai, tasik dan juga gua. Zaman ini dikenali sebagai zaman batu berdasarkan penemuan artifak-artifak yang diperbuat daripada batu dan lukisan yang terdapat pada dinding gua seperti yang ditemui di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Ulu Tembeling (Pahang) dan Tingkayu (Sabah). Pentarikhan (Geo-Paleontologi dan Geo-Morfologi) yang dilakukan ke atas kawasan dan tinggalan artifak ini menunjukkan terdapatnya perkembangan kebudayaan dan corak hidup masyarakat yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik. Selain itu, galeri ini juga memaparkan maklumat dan artifak-artifak dari Zaman Logam, Kebudayaan Megalitik dan Proto Sejarah

Galeri Kerajaan Melayu Awal

Galeri ini menyelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu selepas zaman pra sejarah dengan pembentukan kerajaan-kerajaan awal yang mempunyai sistem kenegaraan, ekonomi, keagamaan dan kebudayaan sebagai jatidiri wilayah Alam Melayu (Malay World) termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Kemunculan penempatan dan kerajaan awal yang digambarkan dalam galeri ini secara tidak langsung dapat membuktikan perkembangan sosio-politik Melayu, jaringan sistem ekonomi terutama perdagangan antarabangsa dan perluasan ciri-ciri kebudayaan serta keagamaan kelompok rumpun Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini diperkuatkan lagi dengan pameran artifak-artifak yang mempunyai pengaruh keagamaan yang menjadi mercu tanda sesebuah kerajaan itu.

Galeri Era Kolonial

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 menerusi penceroboh Portugis ke atas Kota Melaka. Siri Penjajahan ini berlarutan dan silih berganti kepada Belanda dan menular ke seluruh negara menerusi penguasaan British dan Jepun. Tarikan kepada kuasa asing ini adalah hasil-mahsul bumi Melayu. Mereka datang untuk menguasi perdagangan rempah serta mengeksploitasi bahan mentah, khususnya bijih timah yang merupakan bahan mentah yang terpenting semasa tercetusnya revolusi perindustrian di negara-negara Eropah pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlaku selama lebih 400 tahun. Tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot dan dieksploitasi menyebabkan timbulnya bibit-bibit kesedaran dan semangat perjuangan anak bangsa untuk bangkit membebaskan diri dari belenggu penjajahan. Turut dimuatkan adalah perubahan-perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut.

Galeri Malaysia Kini

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan. Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
Mengimbau kembali buku Sejarah, siap jumpa rangka manusia berumur 10,000 tahun. Betapa lamanya tidak ke Muzium Negara, galerinya pun banyak yang menarik perhatian. Fawwaz suka, sambil dia tunjuk artifak, dia akan berkata "Dalam buku Sejarah, ada ini.."

Teringat zaman belajar dahulu, ada penempatan awal di Gua Cha, Kelantan. Banyak rupanya rangka manusia zaman dahulu kala dari gua tersebut (dalam 25 kubur).

Kitab suci Al-Quran tulisan tangan ini ditempatkan di Galeri Kerajaan Melayu Awal. Ada bermacam-macam alat kebesaran diraja dipamerkan. Ada ditunjukkan susur galur Parameswara dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.



Model kilang bijih timah di Galeri Ketiga: Galeri Era Kolonial. Zaman penjajahan British, Jepun dan Belanda dipaparkan di sini. Kagum juga dengan beberapa arca yang ditunjukkan. Ada sebuah meja bulat (yang asal) digunakan semasa Sultan Kedah menandatangani Perjanjian Langkawi dengan pihak British.

Bunga emas yang digunakan sebagai mahar untuk dihantar kepada Raja Siam pun masih ada. Sebelum ini, asyik tengok gambar di dalam buku teks sahaja.

Ha, tengok ni. siap arca pintu kota A Famosa. Memang sangat informatif, dan pada masa yang sama, anak-anak banyak belakar apabila melihat di depan mata.

Setem hari pertama sempena kemerdekaan. Pameran ini di Galeri Keempat: Malaysia Kini. Pada masa yang sama, rasa sangat terharu apabila melihat gambar-gambar sebelum kemerdekaan. Kalau hendak tengok bagaimana Kuala Lumpur suatu tika dahulu, memang sangat sesuai menelek di galeri ini.


Selain daripada empat galeri yang dinyatakan; ada juga pameran Khazanah Dari Istana Musim Panas. Kebanyakan barang yang dipamerkan adalah dari Summer Palace, China. Pameran ini berlangsung dari 15 Disember 2014 hingga 3 Mac 2015.

Kemudian, kami ke Pameran Khas yang dianjurkan: Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia. Pameran ini bermula dari 20 September 2014 - 20 Februari 2015. Harga tiket masuk hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Kami hanya dicaj RM 2 untuk 5 kanak-kanak. Baiknya adik kaunter tiket itu... macam tahu-tahu je tengah bajet. Hihih


Masuk pameran ini, semua senjata dapat tengok. Dari segala negara pun rasanya, tapi yang paling menarik adalah replika pedang Khalifah Al-Rasyidin dengan Rasulullah s.a.w. Sambil tengok, fuh, nampak besar dan panjang pedang itu. Hai, agaknya kalau kita yang angkat mahu sakit bahu seminggu.

Selepas keluar dari Muzium Negara, ada dua lagi muzium mengenai ekologi Melayu dan orang Asli. Kedua-dua muzium ini tidak mengenakan sebarang bayaran. Hanya perlu mengisi butiran di dalam buku tetamu yang disediakan.

Seronok juga sebab sudah lama tidak ke tempat sebegini. Insya' Allah akan cuba ke muzium-muzium lain seperti Muzium DiRaja dan Muzium Alam Semulajadi.

Monday, 24 November 2014

Tahniah anak-anak!

Majlis sambutan konvokesyen tadika Fateh Aqmar pada 15 November
Khas untuk abang Fawwaz Amin, tahniah! Mula-mula cikgunya kata dapat nombor 2, bila kira balik dapat no. 1, tapi sebab cikgunya beritahu sehari sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan, Fawwaz kekal nombor 2
Tak apalah Fawwaz, jangan merajuk ya sayang (berhari-hari merajuk dengan cikgunya sebab tersalah letak nombor). Fawwaz kan budak pandai.

Firzanah Amni dapat naik kelas lagi tahun 6 2015. Dan dia dapat keputusan ketiga terbaik untuk peperiksaan percubaan UPKK.

Fahri Ahmad dapat hadiah sebab cemerlang kehadiran ke sekolah agama untuk Tahap 1.
Ha yang ini, kejayaan dia mengigit ibunya dengan berjaya selama sebulan. Mementang ada gigi sebatang atas sebatang bawah.