Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, 8 September 2017

Antara salah satu sebab saya suka program #neckslimfit ni, sebab diasingkan group antara lelaki dan perempuan. Jadi aurat anda lebih terjaga, dan kami menghormati privasi peserta.

Ada peserta yang berpurdah, dan tidak mahu menunjukkan mukanya. Ya, kami faham dan menghormati permintaannya.

Ada peserta yang suami tidak bagi sekiranya kumpulan #neckslimfit ini bercampur antara lelaki dan perempuan, disebabkan masalah aurat dan keterbukaan untuk bertanya tanpa segan silu.

Yang bestnya, jurulatih kami orang perempuan. Krew pun sama jantina. Kan senang gitu

Jujurnya, saya boleh kata, saya boleh bilang dengan jari berapa kali saya bersenam di luar rumah, antara sebab kerana susah juga nak jaga aurat sebab kadang-kadang bila berjogging, mungkin ada masa tudung terangkat.

Semua senaman yang jurulatih bagi saya lakukan di rumah. Sudah lebih setahun bersenam di rumah tanpa alasan perlu ke luar rumah.

Senang, kan? Yang penting privasi saya terjaga.

Aida

#neckslimfit
#noweveryonecankurus

Tuesday, 25 July 2017

As advised by doctor, for a person with tendency of high BP

The patient should not focus on HIIT and upper body weight workout (with weights).

She / he should not have heart rate of more than 140 during exercise.

Focus on aerobic, low impact exercise and yoga.

Well, since my change to a healthier lifestyle with Shaklee, I have been exercising 5 times a week. And I also have add on weight training. HIIT is always done on weekly basis.

Guess I have to slow down and target for every alternate days. Since I am not focusing on weight loss anymore, I can exercise 150 minutes/ week.

For person aiming for weight loss, a total of 300 minutes per week on exercise is needed.

Saturday, 22 July 2017

19.7.2017

Dimasukkan ke hospital pada 19 Julai disebabkan tekanan darah yang tinggi. Semalaman di hospital.

Ramai orang menyangkal bahawa walaupun saya sudah eat clean, bersenam dan makan vitamin / supplements masih lagi sakit.

I was given a clean bill of health by attending physician. ECG clear, air kencing clear, buah pinggang OK, jantung OK (yes I did an X-ray and ultrasound to eliminate all possibilities). Dan kolesterol saya cantik.

Doktor cakap saya fit dan rule out internal factors. No one is smoking at home, dan saya makan secara sihat.

Hence, this is due to external factors. Saya mengaku bahawa kerja pejabat agak luar biasa banyaknya. Ibu dan kakak saya mempunyai tekanan darah tinggi.

Doktor menyatakan, dengan keadaan sebegini, walaupun saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi disebabkan faktor luaran serta faktor keturunan, maka saya perlu membuat pengawasan darah tinggi saya.

Penerangan lanjut daripada doktor, mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak menjaga makan lebih mudah untuk tekanan darah tinggi di luar kawalan.

Seterusnya, suami ada bertanya sekiranya Shaklee yang saya makan menyebabkab saya darah tinggi. The doctor refuted the claims, saying there is no evidence of it contributing to my high BP.

Jadi, janganlah pula kecewa bila ada orang sudah jaga makan, sudah bersenam, ambil supplements lagi boleh sakit juga.

Dulu kolesterol saya terlebih-lebih dari borderline, zaman belum cakna tentang ilmu kesihatan. Ujian kencing pun doktor cakap kena minum air kosong banyak sebab keruh.

Saya sudah cuba yang terbaik untuk diri sendiri. Sakit ni Allah bagi. Kita usaha. Kalau saya tidak usaha, gamaknya lagilah banyak penyakit saya kena.

Allah knows the best, as always.