Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Monday, 29 May 2017

After 3 years and 5 months, he suddenly stops breastfeeding.

I think the last date was around 14 May.

Jotting this down for my record. Achievement unlocked.

Friday, 11 September 2015

This boy

This boy is already 1 year and 9 months old, as of today.

He is still lactating with me (gasp) even though we decided to do early feeding with formula milks during his early days (for medical reasons). And now, he starts not to like feeding through bottle when I am around at home.

So, he is a partially breastfeed baby. And I am proud of it.

I know that some mommies would have different opinions, but I do find this one article on partial breastfeeding interesting. And I did write about it earlier when I was breastfeeding Fateh (Let's talk about partial breastfeeding).

I find that even with 5 babies (with my 2 eldest being formula fed), breastfeeding is still a struggling and daunting journey. Each baby has its own preference. I find that Fahri was really a fussy baby, and I fully breastfeed him till 2 years old. I think that is one of the best decision because we found out later when he was 1 year, that he has severe eczema (and it might worsen if he was on formula milk). He didn't want to sleep in the baby cot, and he will lactate all night non stop. It become much worse when he was growing up, that I think I woke up every hour just to feed him.

Fateh was an easy baby. I find myself getting the much awaited sleep at most nights. I remember that once he gets his fair share of milk, he would sleep through the night.

As for Faiq, well, he become fussy and dominant growing up now. But the reason might be because he has three brothers and one sister to cuddle and play with him. He will cry and get angry when I feeds him in the morning and suddenly he has to switch to bottle feeding.

Oh well, pats on my back because of the long journey on breastfeeding. I was able to learn about the tricks on breastfeeding when I had my third child. So do not put a blame on yourself when you have to formula feed your baby. There is no wrong thing in doing that.

Cheers to all mommies out there! You are doing your best. And somehow, the above cartoon reminds me of my youngest right now :)

Friday, 12 December 2014

A tribute to Faiq Aysar

Faiq Aysar sudah berumur 1 tahun semalam. Pagi-pagi bangun, sudah sibuk hendak tengok kucing.

Teringat setahun lepas, menunggu hari. Sebenarnya, Faiq tidaklah pula dijangka akan lahir pada tarikh 11.12.13. Saya berjumpa Dr. Rahman pada hari Isnin, disebabkan buasir sudah makin teruk, doktor kata mungkin perlu bersalin minggu itu juga. Jadi kami sepakat pada hari Rabu (kebetulan pula tarikh harijadi saya).

Malam sebelum bersalinkan Faiq, memang saya tidak boleh melelapkan mata langsung. Maklumlah sudah tahu kena ke hospital. Anak-anak lain pula, pergi bercuti dengan datuk dan nenek mereka. Malam itu kemas rumah, baca buku dan buat segala yang patut. Faiq pun bukan mahu keluar lagi, duduklah bertakafur dalam perut tu dik.

Jam 7 pagi sudah keluar dari rumah. Wah, macam hendak pergi kerja pula. Jam 8 pagi sudah masuk wad bersalin, suami uruskan hal pendaftaran di kaunter kecemasan. Beberapa kali jururawat tanya, ada sakit hendak bersalin. Err tidak, tapi doktor suruh saya masuk hospital.

Kemudian bila jururawat periksa bukaan, masih kecil. Entah berapa kali diperiksa. Siap jururawat telefon doktor. Jam 9.30 pagi, doktor masih merempuh kesesakan untuk ke hospital (hehe, Hospital Tawakkal kan betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur). Doktor siap berpesan, mungkin boleh discharge. Tidak sampai 15 minit, doktor telefon semula, berdasarkan rekod, saya bersalin agak cepat sekiranya sudah ada tanda. Dalam 2-3 jam. Mungkin tidak boleh keluar hospital lagi, sebab kata doktor, kalau keluar, mungkin petang itu saya datang semula untuk bersalin. Sebabnya; bukaan sudah ada.




Jadi kami pun menunggu dan menunggu. Suami cakap lamanya. Bagi dia, memang lama sebab biasanya saya tunggu masa untuk bersalin sekejap sahaja. Doktor datang jam 10 pagi, masih lagi sama keadaannya. Pada masa sama, dari awal pagi, doktor sudah berpesan menyediakan bilik pembedahan (kerana kemungkinan untuk Ceaserian itu masih ada) disebabkan saya mempunyai sejarah bersalin secara pembedahan untuk anak sulung.

Posisi pula perlu diubah. Saya sebenarnya sudah sakit bersalin, tetapi disebabkan agak mild, saya tidak rasa sakit. Kemudian kami menunggu lagi sehingga jam 11, alhamdulillah.. bukaan memberangsangkan. Saya dapat bersalin normal.

Mungkin sudah lama menunggu, suami pula lapar. Katanya hendak turun makan pada jam 2 petang. Bila dia turun, ada jururawat lain periksa dan mendapati sudah hampir bersalin. Telefon suami suruh naik, tercungap agaknya dia makan kuih. Ingatkan lama lagi.

Yang paling bersyukurnya, sempat juga dia naik masa hendak bersalin. Bersalin pula sangat mudah, tidak sakit sangat. Memang saya pakai epidhural, tetapi biasanya masih lagi ada tanda sakit yang kuat bila makin dekat. Cuma yang ini, memang mudah sangat.

Alhamdulillah, pada 3.17 p.m. (eh ke 3.17 petang), Faiq Aysar selamat dilahirkan.

Dua minggu kemudian, kami kembali lagi. Kali ini sebab kuning Faiq terlalu tinggi. Jadi berkampunglah pula di hospital selama beberapa hari. Ulang alik ke nurseri kerana digalakkan penyusuan ibu. Cuma Faiq ini mungkin kategori lazy feeder, berat badan dia turun kemudian tidak naik sangat.

Sepanjang pantang, kami pula yang risau dengan berat Faiq.

Akhirnya, pada hari ke-20 atas nasihat doktor kanak-kanak (yang memang sangat-sangat positif tentang penyusuan ibu), mencadangkan kami memberikan susu formula dalam sebotol sehari. Dan berdasarkan cadangan itu, alhamdulillah, berat Faiq semakin naik.

Dan sekarang, Faiq sudah membesar bagaikan johan. Berat betul nak dukung dia sekarang....

Wednesday, 9 January 2013

The end of a breastfeeding journey

And I said 'No' to Fateh when he asked for milk nearly 2 weeks ago, it was the hardest.

But Fateh is already nearing 3 years 2 months mark, and for me, that was the longest I have breastfeed my kid. And he had been supplemented by fresh milk at the nursery after we were back from UK for good.

And he already slept till morning during night time. Which meant we have not lost our night sleep for a while.

And I can splurge on my kaftans (aah, heaven...)

Wednesday, 23 May 2012

Ada orang tanya masihkah saya menyusukan Fateh?

Saya jawab ya.

Saya percaya dengan konsep susu ibu. Selagi terdaya, berikanlah susu ibu kepada anak-anak. Sekiranya tidak mampu untuk 100% penyusuan susu ibu, cubalah sedaya yang mampu. Saya sendiri, ada anak yang menyusu susu formula, dan ada anak yang menyusu dengan susu ibu. Kes Fateh agak istimewa, kerana dia menyusu susu ibu, kemudian dicampur dengan susu formula ketika saya menyambung pelajaran di luar negara. Kemudian, dia menyusu dengan susu ibu secara eksklusif semula.

Saya percaya, ramai akan kata, mudah sebenarnya tidak bekerja untuk menyusu anak dengan susu ibu. Tetapi pengalaman saya menjadi full time student dan bekerja, lebih mudah menyusukan anak ketika kita bekerja. Di pejabat, kita boleh menyusun waktu untuk mengepam susu. Di kolej, saya tidak ada masa untuk mengepam susu.

Kalau orang cerita pasal cabaran penyusuan, dalam empat orang anak saya, cabaran menyusukan Fateh yang paling hebat. Walaupun seseorang ibu sudah beranak ramai, setiap kali bersalin, pentingnya ada sokongan dari suami. Saya berkenalan dengan rakan-rakan dari forum dan menelefon rakan-rakan ketika pantang untuk mendapatkan tips. Pentingnya pembacaan mengenai penyusuan agar kita sedar, bukan mudah untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Selalu di dalam artikel, sungguh mudah untuk menyusukan anak, tetapi hakikatnya tidak sekali. Kerana itu, amat penting sokongan dari rakan-rakan sekeliling atau saudara mara untuk membantu ibu menyusukan anak.

Saya pernah lalui kebanyakan masalah penyusuan. Anak-anak saya mengalami breastmilk jaundice sehingga saya habis pantang. Kemudian dengan keadaan merekah, berdarah, serta anak diberikan susu formula di hospital. Bangun 2 jam sekali ketika anak di wad untuk memerah susu. Nasib baik suami saya jadi tukang hantar susu pagi dan petang. Fateh pernah tersalah latching sehingga sebulan lebih umurnya. Ketika giginya naik, berdarah dan merekah itu sudah biasa bagi saya. Anak tidak putus-putus menyusu pun ya juga, seperti kes Fawwaz dan Fahri.

Tapi dalam keadaan yang susah-susah itu, dapat juga saya berikan susu ibu kepada anak-anak. Kalau ikut badan, memang tidak larat. Siapa sanggup komited untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun? Saya tidak letakkan target yang tinggi ketika menyusu anak-anak. Saya lalui hari ke hari seperti biasa. Saya kira kejayaan susu ibu saya dengan hari, bukan dengan tahun. Saya tidak kisah sekiranya anak saya perlu diberi susu formula, kerana saya sibuk dengan kerja / kelas, lalu anak saya tidak perlu kelaparan menunggu ibunya.

Ada orang yang saya kenal, seperti mengatakan tidak boleh sekiranya tidak menyusu dengan susu ibu 100%. Bagi saya, itu pilihan masing-masing. Buat sekadar yang mampu. Pemikiran yang positif memang sangat membantu dalam penyusuan ibu. Sekiranya tidak mampu 100% penyusuan ibu, janganlah menyeksa diri. Selagi anak mahu menyusu dengan kita, itu sudah dikira suatu kejayaan besar.

Saya menulis ini untuk memberikan semangat kepada kakak sepupu saya di Dammam yang melahirkan anak kelima beliau.

Umur Fateh kini sudah 2 tahun 6 bulan.
Bila suami tanya bila Fateh hendak berhenti, saya pun tidak pasti :)

Friday, 12 August 2011

Fateh's take on bf

As a breastfeeding mom,  I have stopped pumping my milk more than 1 year.. way back when I was struggling to attend my full time classes. Amazingly, as a part time feeder to then 4 months old Fateh, he was on full breast milk when my school gave a 2-month break and since then, he didn't want to drink any formula milk anymore. My baby waits for me to come back from school around 5.15-5.30 p.m. to have his take on breast milk. And this continues till we come back to Malaysia in March this year.
As an alternative, since we are going to send him back to the nursery when we reported back duty, we introduced these Dutch Lady Kids milks to him. Oh mind you, he finds it weird to look at milks in a milk bottle, thus saving my budget to buy new milk bottles. I have since stashed all the milk bottles.
Amazingly, for a 21-month old toddler, he is still breastfeeding, when I am at home. Some friends that I have met was quite amazed that I still breastfeed Fateh since I have not pumped vigorously like I used to with Fahri. In fact, not many people know that I am still feeding him.
I have not talk much on breastfeeding with Fateh, but do bear in mind that if you are not giving full or exclusive breast milk, please do not be hard on yourself. There are many factors contributing to the growth of a child, and it is not solely on breast milk.
In fact, I do not regret that I don't give him exclusive breast milk in the first 6 months of his life. I have other priorities at that time, and I feel the added pressure being a full time student with my family (my husband and 4 kids) living oversea.
Cheeky Fateh, now, with his ever smiling face, would drink milk from me, and after he finishes his take, he would say "Habehhh" (Habis) or "Dah". And that amuses me the most, since not from my three other children, did they ever say anything after drinking milk. The most they would do, just ignore the bottles or boobs.
I guess, that is how he shows his appreciation for me to sit down and enjoy the moment with him ~_~

Tuesday, 25 January 2011

Diam diam sebab sakit!

"Kenapa adik minum sebelah kanan? Kenapa tak minum lagi satu?" tanya Amni, dulu-dulu.
"Sebab adik nak minum yang kanan jer," jawabku.

Menyusukan Fateh, cabarannya maha, maha hebat berbanding Fahri.

Fateh, dari mula lahir, walaupun saya sudah betulkan latching and positioning, sebelah kiri akan berdarah. Setiap kali menyusukan, akan luka dan berdarah. Setiap kali. Ada juga sekali dua dia menyusu tidak luka, cuma saya kena selalu rehatkan sebelah kiri kerana terlalu sensitif. Saya perah, makin menjadi-jadi luka.

Semasa datang UK, sebelah kiri harus direhatkan hampir seminggu. Saya cuba bagi lagi, berdarah lagi. Kemudian saya berhenti memberi yang kiri.

Dan semenjak dia berumur 4 bulan, dia hanya menyusu sebelah sahaja. Sehingga kini. Kadang-kadang ada juga rasa kurang sempurna, tidak dapat menyusukan kedua-dua belah. Saya pernah suakan yang kiri, tapi kemudian luka semula.

Menyusukan bayi berdasarkan konsep supply and demand. Walaupun hanya sebelah, Fateh dapat menyusu dengan kenyang. Alhamdulillah.

Dan tidak disangka, kawanku seorang di sini juga menyusukan anaknya dengan sebelah sahaja. "Allah jadikan macam ni pun, masih cukup untuk anak, kan?"

Hai, lepas ni bolehlah kot buka kelab menyusu sebelah :P

Minggu lepas mula sudah sakitnya, sudah luka pula! Anak terunakan sudah tumbuh gigi. Bukan mengigit tapi orang putih kata scraping. Takpalah, cabaran cabaran.

Ini tengah menahan sakitlah, aduh mak macam kena hiris pisau pun ada masa dia menyusu. Latch and positioning semua betul. Masa Fateh lahir sampai hari ke 52, jika tak silap, dia tersalah latch. Ini baru berapa hari, sabarkan ajalah hatiku. Psycho sikit-sikit, ibu sanggup buat apa saja demi anak. Anakku pula tidak mahu susu diperah dalam botol, fresh milk atau seangkatan dengannya. Dia hanya mahu air susu ibu.

Sapu minyak gamat, sapu air susu ibu sambil berselawat. Ada lagi tips lain rakan-rakan bergelar ibu? Saya kalau dah luka-luka ni, lambat sembuh, tak tahu nak buat apa lagi...

Sunday, 11 July 2010

Fateh is 8-month old!

Happy 8-month old Fateh!

Mari ibu catat milestone Fateh kat sini ok?

Meniarap masa umur 4 bulan
Makan masa umur 5 bulan
Menyusur masa umur 6 bulan sambil angkat bum bum
Merangkak umur 6 1/2 bulan
Pandai duduk masa umur 7 bulan
Berpaut di kerusi, meja dan seangkatan dengannya pada umur 7 1/2 bulan
Suka explore pada umur 8 bulan

Fateh sukaaa sangat senyum, suka kerut-kerut dahi. Rasanya sebab masa ibu mengandung Fateh, ibu kena marah dengan big boss pun senyum, ibu dengar masalah orang pun senyum, ibu kena buat kerja orang lain (walaupun dalam keadaan tak redha) pun ibu senyum.

Dan paling penting, Fateh pandai sebut 'ibu' dahulu daripada 'abah'. Anak-anak ibu yang lain semua sebut 'abah' dulu, Fateh dah pandai sebut 'ibu'! :)

Dan yang paling kelakarnya, dah full breastfeed balik. Nak kata mogok minum susu formula pun tak tahu la, mujur ibu dah habis exam. Tapi Fateh kena minum susu botol yer sebelum ibu mula kelas balik bulan 9 ni yer sayang....

Kasihan anak ibu ni, anak-anak ibu yang lain ibu catat milestone sungguh-sungguh, tapi dengan Fateh dan Fahri ibu laidback sikit. Tapi ibu sayang semua yer, walaupun Fateh wujud dalam keadaan tak disangka.

Anak-anak tu kan rezeki ibu bapa. Penat-penat ibu mengandungkan Fateh, paling teruk pengalaman mengandungkan Fateh, tapi masa Fateh dalam perut ibulah ibu dapat peluang sambung belajar kat sini, dapat pula second scholarship dari company, dan dapat bawa keluarga untuk menikmati pengalaman di negara orang.

I love you, Fateh!

Teringat masa pilih nama Fateh Aqmar, walaupun ramai kata macam perempuan, ibu nak Fateh jadi macam Dr Aqmar Aziz. Sentiasa meletakkan Islam lebih daripada dirinya sendiri. Walaupun Dr Aqmar Aziz itu hanyalah watak di dalam buku, ibu nak Fateh berperibadi sebegitu.

Friday, 23 April 2010

Let's talk about partial breastfeeding

To you, and you, and you. Yes, I am on partial breastfeeding. I got to exclusive breastfeed Fateh till 4 months old (phew). When I was back to work, my milk that I pumped was never enough for him, but since my milk stash was huge, I am able not to supplement him with any formula. Slowly, the stock depleted, and by God's way of doing things, I am grateful that Fateh is 90% on breast milk yet.

My ACCA classes are jam packed from 9.30 a.m - 4.30 p.m. The breaks in the morning is 15 minutes, afternoon 1 hour and later 15 minutes. Pumping station? NIL. I can't even pump in the surau (heheh, yes, we got surau at Kaplan) because the surau is for men and women. Toilet, so-so. dengan keadaan orang sini masuk toilet takde paip air.. MWAHAHAHA, seriously rasa tak hygenic walaupun literally speaking, bersih.

If you are not on full / exclusive breast milk, it is still possible to continue breastfeed. I am measuring my success not by yearly milestone neither monthly milestone, but on day-to-day. I take it slow, and easy, so I would not stress myself to the max. And count myself grateful for being able to breastfeed my little one yet.

Senang kata, takkan nak biarkan anak kelaparan masa maknya gi kelas kan? Bagi aku, namanya zalim kalau maknya nak make sure full breast milk, tapi kena tunggu maknya balik baru boleh anak minum. But that's my only humble opinion OK? I know lots of mommies who preserve. Yakin boleh!

Here is an article for us to ponder on partial breastfeeding;

All or Nothing?

If you have not been able to pump enough milk for your baby, you've tried every trick on the supply-boosting page, and it's just not working for you, and you're ready to throw in the towel - take heart! Breastfeeding is not an all-or-nothing thing. You are not going to be thrown out of the breastfeeding club if you occasionally give a bottle of formula. Remember that breastmilk is a wonderful, nutritious food for your baby - and it has benefits no matter how much you get.

I like to compare this to adult food. We know that we really should be eating healthy, organic, whole grain foods. But if we can't always get a good lunch and occasionally eat at McDonalds, does that mean we have to give up on healthy food entirely? Do we need to eat at McDonalds every single meal?? No - of course not. And just because your baby gets a little formula, doesn't mean you can't keep breastfeeding for as long as you want to.

Extracted from: Workandpump.com

Monday, 1 March 2010

Rantings, here and there

1. Today I am salary-less. I am officially on unpaid leave till 28 February 2011. My MIL's reaction - what? you don't have salary anymore? how do you guys will survive?
And my answer is: Insya' Allah, Insya' Allah. It will not be easy. I don't have pocket money anymore. But we do save.

2. My husband's cousin was the one who was murdered in Australia recently. Wow, I didn't realise he became quite a celebrity in international news. We went back to Melaka just for his burial. Even the Chief Minister came.

3. Ah yes, the question on everyone's mind. What happened. Our visa were rejected, I forgot to include one documentation which is my ACCA membership no. and notice of exemptions. 1 visa processing is RM 849. * 6, you will know the total loss. I have not cried yet, except for one time. And that's because I remembered Fateh being warded last November. And to compare the test that we were in, it was not as hard as seeing Fateh in an incubator and I was crying there slowly, watching and praying that my baby is allright.

4. I have become a temporary housewife for the moment. Pray for me, UK border have a new ruling on offer letter for international student starting 22 February (the day our visa got rejected). We were waiting for that one letter only for us to proceed back with our visa. And this I mean SOS! SOS! SOS! since our flight is on 16th and we have not submitted our visa application yet (processing take 5 working days!)

5. Of all the rantings, this one tops the chart. No electricity at home yesterday. Frozen EBMs were thrown away (Hany, takde rezeki buat Fudhayl gamaknya). Aduh dugaan dugaan.

O Allah, we know You never deserted us. Help us during our trials and tribulations.

Monday, 1 February 2010

Fateh oh Fateh 2

Lahhh.. member tu kena thrush rupanya. Padanlah menjerit-jerit kalau nak menyusu. Ingatkan tak suka susu ibu. Tu pun kak Rokiah dok cakap, ada benda putih dalam mulut. Latch on dah pro sesangat. (kalau nak tau apa itu thrush, sila google ye kengkawan).

Pergi hospital tadi, kak Kiah bagi kain buat wipe mulut free. Kat luar dia kata mahal lor. Aku nak bayar consultation fees, dia cakap tak payah.. kahkah (love you kak Kiah!)

Sambil tu sempat borak ngan kak Kiah pasal ACCA. Hmm hmm, anak dia pun rupanya ada amik ACCA sorang.

Esok I EL, nak kasi Fateh sembuh betul-betul dulu thrush dalam mulut.

Thursday, 28 January 2010

Fateh oh Fateh


Dalam ramai-ramai anak, dialah yang paling menduga saya.

  1. Mengandungkan Fateh paling teruk, saya muntah siang malam. Berat tak naik walaupun dah 5 bulan mengandung. Sampai ke hujung kehamilan, badan asyik rasa sakit-sakit.
  2. Fateh sepatutnya dilahirkan secara C-sect, tetapi takdir Allah menentukan segalanya. Kalau ikut adik ipar, bakal si doktor, kemungkinan untuk kedudukan bayi songsang berpusing ke normal di hujung kehamilan hanyalah 1 %.
  3. Lambatnya Fateh keluar, pada 39 minggu 2 hari (dibandingkan dengan kakak dan abang-abangnya yang lain). Tetapi, time nak melahirkan.. tak sempat-sempat nak tengok dunia, anakanda ku oi.
  4. EDDnya sama dengan tarikh lahir Amni, tetapi dia dilahirkan pada tarikh yang sama dengan Fawwaz. Dan hanya dia dilahirkan pada waktu petang.
  5. Fateh dimasukkan ke hospital kerana bacaan tinggi untuk neonatal jaundice, kemudian bersambung dengan breastmilk jaundice.
Pasal penyusuan pula:
  1. Pemberian susu melalui botol ketika dia dimasukkan ke hospital, lalu saya terpaksa 'bergaduh' dengan Fateh selama seminggu untuk membuatkan dia suka semula kepada penyusuan ibu.
  2. Dia menyusu secara salah selama 50 hari lebih, lalu terpaksa saya bertemu LC kerana tidak mahu putus penyusuan.
  3. Susu pula, aduhai, mula-mula memang melimpah ruah. Tapi masa kesakitan sebab anakanda salah latch, tak pam sangat. Jadi kais mengais hasillah kerjanya.
  4. Nipple crack lama bila menyusukan Fateh. 2 minggu baru heal, biasanya. Saya sekarang perah pakai tangan. Hasil 3 botol, tetapi Fateh minum 5 botol! (Saya tak campur FM lagi).
  5. Fateh tersalah latch balik semenjak dia dihantar ke taska. Lalu saya kena ajar dia semula untuk menyusu secara betul. Ini masih lagi terjadi.
  6. Fateh tidak suka menyusu sambil baring, jadi saya kena menyusu sambil duduk.
Tetapi dalam kepayahan itulah, semangat saya turun naik turun naik dengan penyusuan ibu. Tukang tiup semangat hari-hari.. fuh suami lah! Suami saya memang bersemangat bab penyusuan ibu, jadi dia tolong hantarkan saya ke hospital untuk bertemu LC. Semalam pun mengagau memikirkan di mana nak cari lobak putih, untuk isterinya ni.

Tapi Fateh ni, dalam ragamnya itu, dia senang tidur malam. Jaganya sekali dua sahaja. Mungkin memahami ibunya ni keletihan :).

Dan saya masih lagi exclusive breastfeed anakanda Fateh ini. Moga panjanglah perjalanan kami kali ini..

Thursday, 31 December 2009

It should not hurt

I dreaded breastfeeding with Fateh. It is so hurtful that I would cry every time I breastfeed him. The situation got worse when I got sore nipple (right) and cracked nipple (left). I should enjoy breastfeeding, but I was at my wit's end.

Kak Tini has been a lifesaver, I called her on Tuesday, I was so tearful, that I said I am going to stop breastfeeding. She contacted the lactation unit at Hospital Pantai, Bangsar and asked me to talk to Kak Rokiah yesterday.

So I ended up going to the hospital today, to meet kak Rokiah, a lactation assistant. Found out that Fateh incorrectly latch on my breasts.

Wrong latch-on.Baby's lower lip should not be pursed inward, but should be turned outward.
This is how Fateh has been breastfeeding all along. Padanlah sakit! At first sight, it looks normal. But when you notice the lower lip, you know the position is wrong.


Baby's top and bottom lip should be turned out (everted).
When baby takes the breast with mouth open wide, he'll have a "fish mouth" look as he nurses. If his bottom lip is pulled inward instead of outward, use the index finger of the hand that is supporting the breast to pull out that lower lip. (You may need a helper to take a peek under the breast and do this for you while baby is latched-on.) Martha Sears, who logged 18 years of breastfeeding 8 children dubs this technique the lower lip flip. This lower lip flip may be all that's needed to keep baby from tight-mouthing your nipple.

Images from AskDrSears.com. The article on proper latching on is here.

Anyhow, the session lasted nearly 2 hours. Kak Rokiah was patient to ensure a proper latch on with Fateh. She said it will not be easy at first since he learned to suck improperly from the first day he was born. Some of the tips given to ensure he learns to latch on properly:

  1. When baby is crying while the mom is trying to latch on, try to calm the baby first. Cradle him and positioned his head on your shoulder.
  2. Ensure the baby's mouth is wide open (like a yawn), and quickly put your areola inside his mouth.
  3. The latch on should look like a gold fish mouth (refer to the picture above).
  4. If the baby cries when you try to relatch again, hand express your milk in a feeding cup, and give it to him (I got one from kak Rokiah - Medela Feeding Cup). Then try to latch on back, the baby will be calmer since he already feeds from the cup.
  5. When trying to latch on, try to be not too stress. If the baby cries again, repeat Tips # 1.

After a lot of practices, Fateh managed to do it properly. And I try to teach him to relatch properly at home.

Cost for 1 lactation consultation = RM 50. Mine is free with the feeding cup! *wohoo* (kes kak Rokiah kesian kat aku, baby dah besar tapi tak pandai latch properly.. hehehe). Anyway, I would suggest that anyone who encountered breastfeed problem to consult a LC right away. Jangan tunggu lama-lama macam myself.

Anyway, it is never too late to learn back right?

Tuesday, 22 December 2009

Untuk Fudhayl


Seperti semalam rasanya saya berborak dengannya di telefon 2 Sabtu lepas. Seperti semalam saya mendapat khabar dia melahirkan Fudhayl. Dan seperti semalam, bila dikhabarkan berita yang tidak disangka, dia dimasukkan ke ICU.

Sahabat, bukan mudah rupanya mempunyai kekuatan sepertimu!

Lalu, dititipkan hasrat kepada suami, untuk menjadi ibu susuan Fudhayl (sahabat saya pengsan 15 hari selepas melahirkan anaknya). Suami tidak membantah, lalu hasrat itu dinyatakan kepada rakan seusrah untuk disampaikan kepada suaminya.

Sabtu lepas, deringan telefon daripada sahabat menoktahkan keputusan. Saya dan 3 orang rakan usrah bakal menjadi ibu susuan Fudhayl Nashwan. Allahuakbar!

Usai malam semalam, saya menghantar 20 bungkus susu Fateh untuk bakal adiknya (yang hanya berbeza 3 minggu) di SJMC. Hadiah saya untuk Fudhayl. Moga menjadi amal jariah untuk diri saya. Hany tidak dibenarkan menyusukan anaknya kerana kesan ubat-ubatan. Dijangka, hanya selepas 2 minggu dia keluar dari hospital, dibenarkan menyusu semula Fudhayl.

Suaminya bertanya kesanggupan untuk memberikan susu barangkali untuk bekalan sehari dua Fudhayl. Ya, saya menyanggupi.

Untuk Fudhayl, moga susu ibu ini memberikan khasiat buatmu.

Untuk Fudhayl

P/S: Saya sudah ada 6 orang anak rupanya :)

Friday, 18 December 2009

Inilah kerja tengah pantang..

Acik sekarang rajin tau.. dok perah memerah sebelum naik kerja. Hari ni hari terakhir pantang, tapi aktiviti di bawah ni mesti diteruskan (walaupun mungkin korang rasa macam membazir buat stok EBM, tah camna nak hangkut naik flight gi UK pun tatau lagi.. wahaha). Part ni nanti acik kena belajar ngan Puan Dali, mama Zafyra yang comel lote tuuu.

Ni acik spare 2 botol dalam peti ais bawah. Sebabnya Fateh ditakdirkan kena breastmilk jaundice, doktor suruh bagi additional susu botol dalam 2 feedings kat dia. Acik pun dok bagi susu perahan acik kat Fateh. Berat Fateh tak naik sangat, doktor prescribe Appeton. Acik pun confuse gak, sebab Fateh melekat 24 jam, tapi doktor dok cakap tak cukup susu. Acik sekali perah 2-4 oz la biasanya. Doakan yer korang, berat Fateh naik.. kurisau sangat sebab doktor cakap possibility kena bagi FM tu ada. Padahal stok susu berkoyan tu!

Ha, botol kosong belah kanan tu siap ada corong kecil tu.. Acik perah pakai tangan, you all! Teknik Mermet dah terror, wawawa.. Sebabnya? Nips acik dua-dua crack, huhu (dan pam susu akan menyebabkan keadaan itu lagi teruk, kena pulih dulu baru boleh pakai pam susu balik). Semalam meroyan ngan Nieja sebab dah teruk sangat luka. Nieja, semalam kita borak 43 minit 3 saat koo.. Botak kepala suamimu nak bayar bil karang. Tapi Nieja nih memang best kalau telefon acik, habis segala petua dia bagitau pasal cracked nips, sambil-sambil dia dok borak pasal penyusuan ibu. "Wei, tak panas telinga ke Aida?". Panas gak telinga ko, naik lenguh tangan aku pegang handphone. Tapi sebab tau, kalau borak ngan member ni.. paling koman pun 30 minit.. layann baik punya!

Ni stok acik setakat hari ni, hasil bebelan dan tunjuk ajar Puan Nieza dan Puan Amiizaa. Kalau diaorang tak bising, memang acik buat malas-malasan kot. Tapi acik tau, diaorang ni nasihat baik punya. Walaupun acik ada experience menyusu Fahri sampai 2 tahun, selalu acik mesti tanya 2 orang ni kalau ada kemusykilan. Walaupun susu diaorang banyak, diaorang tak pernah take for granted, dan sentiasa mengepam ikut jadual untuk maintainkan supply susu tu..

Bak kata Nieza semalam, "Senang2 ginilah, bayangkan susu takde kat dunia ni. Susu ko jer yang ada nak bagi kat anak.."

Huhu, TQ Nieza, TQ Kak Miejaa.. ku takkan berada di sini tanpa kamu berdua! And of course, Forum CARI breastfeeding geng.. yang lama dan baru *wah, cam ucapan dapat award pulak*

Wednesday, 9 December 2009

How to increase your milk?

Before I am back to work during my time with Fahri,here is my EBM. Ciput, kan?

When Fahri was 3-month old, I have to top up with formula milk.
I even have to throw away my EBMs, due to my carelessness on the freezer door part. Tehee..

I managed to exclusive breastfeed, because I add my pumping session. Siap buat buku hutang tu! Kak Tini, I bangun mengepam jam 12 tengahmalam dengan 3 pagi nak dapatkan balik stok susu tau.

Some revision, on how to increase milk production (my method):

[1] Do not get too stress when you are pumping.
Do not even think about your MPI (milk production index) at all. Do not even stare at your milk bottle. You just have to distract yourself from thinking about it. I read when I pump (in case you are wondering, I use an auto pump). I know it's hard, but it is a learned art. You will get the hang of it :).

[2] Learn how to do letdowns.
Different techniques works with different people. My letdown occurs when I pumped really fast in the first phase, and when letdown starts, I pump slowly to maximise the milk output. Thus, using Medela Swing really helps. But I know lots of people who even can do it with their manual pump. I even make do with Medela Harmony (manual pump with 2-phase expression) before.

[3] Switch from one breast to another.
To ensure maximum output, try to pump 7 minutes and switch, 5 minutes and switch, and 3 minutes and switch. In total, 15 minutes for each breast.

[4] Add more pumping session.
To ensure your stock is not fastly depleting, ensure that you achieved the baby's milk consumption for the day. Let say, if your baby drinks 20 oz of milk while you are working, please pump till you get 20 oz per day.

If you want to make stock, add more pumping session to achieve more than that.It is really tiring, but I managed to pump more than 20 oz per day when Fahri is less than 6 months. I woke up 1-2 times at night and ensure that I should pump at least 5 times per day to achieve my 20 oz target.

[5] Do tandem pumping.
While your baby drinks from one breast, try to pump from the other breast. I find this works and yield more MPI results.

[6] Feed from one breast ONLY at night.
Your other breast, you will save it for morning pumping session. You will have more MPI in the wee hours in the morning.

Other techniques, that some of my friends shared on increasing your milk output:

[1] Power pumping.
Allocate 1 hour for 3 straight days.

If you use single pump, pump 20 mins (10 mins for each side), and rest for 10 minutes. Then, continue to pump for 20 mins, and rest for 10 minutes.
Total = 1 hour

If you use double pump, pump 10 mins for both breasts, and rest for 10 minutes. Then pump again for 10 minutes, and rest (10 minutes). Pump for the 3rd time (10 minutes), and rest for 10 minutes.
Total = 1 hour

[2] Pump every 2 hours.
For 3 straight days.

And that means you have to wake up at night to pump. Total pumping session should be 12 times, with breastfeeding in between.

Pump for 10 minutes if you are using double pump, and 20 minutes if you are using single pump.

All the best!

Paling penting, kalau nak susu banyak, maknya kena rajin. Apa yang kita buat ni untuk anak juga kan??

Friday, 4 December 2009

I am pumping like crazee

Dah masuk pumping phase ni, gila mengepam balik jadinya. Selalunya hari-hari biasa mengepam 3 / 4 kali sehari.. target tiap-tiap 3 jam.

Kisahnya, hari kedua bersalin, elok-elok hantar SMS kat kengkawan penyusuan ibu. Sekali my sifoo, Kak Mieja tercinta telefon, dan soalan pertama keluar dari mulut dia, "Aida, dah mula pam susu?". Huhu, trust kak Mieja to give a direct question like that (jangan malas-malas mengepam hokay). Second day of delivery, I already started pumping to stimulate, walaupun pam keluar angin saja. Hari pertama - hari ketiga, memang susu matang tak keluar lagi, jadi B akan rasa kempis, tapi yakin boleh.. sebab kolostrum tu ada, walaupun tak nampak dek mata kasar dan risau baby ni sedut angin ke apa.

Balik rumah pula, awal-awal dah telefon geng, Nieza, tanya jadual mengepam. Masa ni dah start pam sekali sehari, tambah-tambah bila dah masuk hari ke-4 tu, time susu matang keluar, start mengepam 3 kali sehari.

Alhamdulillah, masa tu Allah dah bukakan hati nak start pumping, lepas dah kena advise macam-macam dari kak Mieja dan Nieza (ya, support group sangat penting!). Ditakdirkan, Fateh pula kena jaundice, dan admitted kat hospital, lagilah macam nak gila mengepam. Tiap-tiap 2 jam mengepam. Malam jangan cakaplah, dah tertidur time mengepam tu. Tapi sebab anak punya pasal, I keep on pumping and pumping. Mujur juga buat stok seawal hari ke-4, sebab dengan stok yang sedia ada dibekalkan untuk Fateh di hospital.



Antara output terawal, 1 - 1.5 oz untuk 1 sesi mengepam

Dan sekarang, I keep on schedule of 3 hours pumping. Malam tak buatlah, mata dah macam panda ni haa, I need my beauty sleep also (mampus kena sound ngan kak Mieja kalau dia tau tak mengepam jam 12 tghmalam & 3 pagi.. :P)

Jadual pengepaman hari-hari:

6 pagi
9 pagi
12 tengahhari
3 petang
6 petang
9 malam


P/S: Hai bilalah nak dapat 10 oz sekali mengepam macam sifoo aku tuuu...

Kalau Fateh dah menyusu masa pumping time, I will skip my pumping session (sebab dia biasanya menyusu lebih 30 minit), atau akan mengepam 1- 1.5 jam kemudian.

Ini pula sesi sekali mengepam. Kalau dapat 3 - 4 oz tu, syukur alhamdulillah.. Biasanya output 1-3 oz untuk satu sesi

Pam susu, awal-awal dah letak sebelah katil. Katil di tingkat bawah, pantang 40 hari mana boleh naik tangga woo.. hehehe (ni memang disiplin sendiri, pantang-pantang sendiri pun, ada benda kita tak boleh mengelat, untuk kesihatan badan juga kan?). Jadi seawal jam 6 pagi, pam tu dah bekerja - biasanya masa ni tandem pumping (Fateh minum sebelah, sebelah lagi pumping).

Alhamdulillah, setakat ni dah berketul stok EBM (tak boleh tunjuk gambar, nanti member peer pressure, hehehe).

How I love breastfeeding!

Thursday, 19 November 2009

Adik is finally home!

Alhamdulillah.. what a relief!

Fateh was admitted to the hospital on Monday evening. He didn't wet his diapers much (only 2-3 diapers per day), and his pee was bloody. We went to his paedetrician immediately. After a blood test, his bilirubin level is at 22.4 (normal reading for babies at 8 days should be 0-10).

Only Fateh was admitted, and I cannot logged in due to very bad eyes infection. That day marked my pumping session for every 2-3 hours till today. I cried and cried wholeheartedly when I saw him under the UV lights.



Adik on his first day of admission



My VERY bad eyes infection


His birilubin level dropped to 17 on the next day, and we were relieved. On Wednesday, it dropped to 12.5 and I breastfeed him at the hospital for 2 sessions (I have an appointment with Dr Rahman BTW). I have to tell the nurses that I want cup feeding when I saw them bottlefeed him (yes, Tawakal Hospital is not a baby friendly hospital yet).

And it really hurts when they keep asking should they top up with formula when I delivered Fateh last week. I even asked for a lactation consultant, but they didn't send one. And what do you expect when the lactation nurses are only around 20-22 y.o., unmarried and could not understand a mother's feeling about naturally feeding her OWN baby?

Since I am at home (3 nights without Fateh), I keep pumping my milk to be send to the hospital. Yes, he was topped up with formula at the hospital, but I am also trying my best pumping every 2-3 hours to pump out milk for him. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak kan?

But then I noticed when I breastfeed him yesterday at the hospital, when I went back, I got double the output than usual. Yes, baby is still the best stimulator for me.

Alhamdulillah, the senior nurse called me this morning and said he can be discharged today. His bilirubin level dropped to 10.2, yey for that!

And he is sleeping peacefully after feeding from me :).

Friday, 6 November 2009

Tuesday, 21 April 2009

Susu rosak

Situation 1

Fahri: Ibu, nak shuuu (nak susu)
Ibu: Susu dah rosak la dik
Fawwaz: Hah, ibu tipu adik

Situation 2

Ibu: Ha, TV cakap apa tadi, kan kalau menipu kena rotan (referring to Pondok-Pondok TV9)
Fawwaz: Tadi tu, ibu tipu adik kata susu rosak

Fahri stops lactating (at last!) for the last 2 days at the age of 2 years, 2 weeks and 1 day <-phew, what a relief.

The reason: He is older, I have finished the 2 years bf timeline and I am tired with his excessive wake ups at nights.

He cried when I first tell him that he has to stop feeding (hadoi, budak dah besar, kadang-kadang dok atas riba pun tak larat nak layan.. badan dah panjang). So hubby took the initiative to sleep with him for the past one week downstairs. And I sleep alone for that one week without Fahri.. heee.... (oh joy!). And my hubby did suffer waking up at nights after 2 years having his sleep undisturbed when our youngest wanted milk.

Yesterday, he is back at our bed, but he knows that if he wants any milk, it will be from the bottle and not from me.


And We have enjoined man in respect of his parents-- his mother bears him with weakness (and hardships) upon weakness (and hardship) and his weaning takes two years-- saying: Be grateful to Me and to both your parents; to Me is the eventual coming. [31:14]

And the mothers should suckle their children for two whole years for him who desires to make complete the time of suckling; and their maintenance and their clothing must be-- borne by the father according to usage; no soul shall have imposed upon it a duty but to the extent of its capacity; neither shall a mother be made to suffer harm on account of her child, nor a father on account of his child, and a similar duty (devolves) on the (father's) heir, but if both desire weaning by mutual consent and counsel, there is no blame on them, and if you wish to engage a wet-nurse for your children, there is no blame on you so long as you pay what you promised for according to usage; and be careful of (your duty to) Allah and know that Allah sees what you do.[2:233]

Source: The Quranic Teachings