Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 30 November 2017

Dino Fun Run @ 26.11.2017





Fun run with the whole family.

Benarnya berat sebab nak pikul Faiq sambil jalan/lari dekat 4 km.

Organiser quite disorganised, hence the delay in the run, and in fact it was a mess during the medal collection.

Ok, lain kali tak boleh bawa Faiq masa run. Penat pikul.

Wednesday, 30 August 2017

Wednesday, 23 August 2017

I miss my Tok Ayah

Al fatihah

Thursday, 6 July 2017

Friday, 19 May 2017

Oih, dah lama tak pi Cameron

Bunga- bunga. Kasihan Faiq, kena ambil gambar sebelah bunga
Kea Garden Guesthouse. Highly recommended. Sebelah pasar Cameron.
Tarikan di Kea Farm Guesthouse

Rare request from husband (just a picture of us).

Yang ditunggu-tunggu, BBQ Rusa!!!

Cantik kan Guest House ni?

Menikmati aiskrim Strawberi. RM5

Rupanya memang tengah musim strawberi. Ada musim rupanya.. Ingat setiap masa ada strawberi.

Dah kena suap, sebab sejuk sangat nak gigit aiskrim.

Monday, 17 April 2017

Day 5 in Perth


Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah di Corica Pastries untuk membeli apple strudels yang sangat terkenal. Lebih kurang 2-3 blok dari rumah kami, maka kami hanya berjalan kaki dan membungkus appel strudels untuk anak-anak. Harganya AUD 22, dan boleh dimakan lebih kurang 8-10 orang. Saiznya sangat besar.


Hari Jumaat, maka kami ke Fremantle Market. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Jumaat - Ahad. Terkenal dengan local produce seperti buah-buahan, madu dan sabun. Banyak juga kraftangan dijual di sini.
Singgah membeli sabun homemade untuk dibawa pulang, harganya variasi. Saya dapat 5 ketul sabun dengan harga AUD 12. Ada juga yang hi range, sudah tentu harganya lebih tinggi. Banyak juga sabun dibeli untuk dihadiahkan kepada ibu dan adik-beradik.
Kemudian, kami berjalan kaki untuk ke Cicerello's Fish and Chips. Antara tempat makan yang wajib singgah.

Bayaran parkir kereta di sini lebih murah daripada di tengah bandar berdekatan dengan Fremantle Market.
Mussels

Dan semestinya yang paling sedap, fish and chips. Memang sangat berbaloi walaupun harganya agak mahal. Maklumlah, kami bertujuh. Siap menambah-nambah.
Kemudian kami berjalan-jalan dan menghabiskan masa di kawasan bandar Fremantle. Fremantle terletak lebih kurang 22 kilometer dari bandar Perth. Menghabiskan hari terakhir di Perth sebelum esoknya berangkat pulang ke Malaysia.

Indeed,a refreshing trip and was really enjoyed by my family.

Monday, 27 March 2017

Day 4 in Perth

Hari keempat di Perth, kami memasuki kawasan bandar (Perth CBD).

Antara tempat-tempat yang dilawat adalah seperti:
  1. King's Park
  2. The Bell Tower - Swan Bell
  3. Elizabeth Quay
  4. Watertown Shopping Centre

Melawat King's Park.
Ya, anak dara saya sudah tinggi. Lebih tinggi dari ibunya.

Tempat letak kereta di King's Park tidak dikenakan apa-apa bayaran. Dan seeloknya datanglah pada waktu pagi untuk mendapatkan cuaca yang nyaman dan tidak terik.

Kemudian, kami singgah di Bell Tower dan Elizabeth Quay. Ya, itu adalah sungai, birunya sungai dan langit pada hari itu. Alhamdulillah.

Berlatar belakangkan bandar.
Singgah di Watertown untuk membeli-belah. Kami ke outlet Gelare Waffle. Wafflenya sangat rangup dan enak,
Agaknya kami bukanlah kaki shopping sangat, cuma Watertown menempatkan banyak brand outlets. Caj untuk tempat letak kereta di sini adalah lebih kurang AUD6 untuk 2-3 jam.

Kami ada juga mencuba ISPA Kebab, rasanya biasa-biasa sahaja. Ada surau juga disediakan, cuma kami solat jamak di rumah sahaja disebabkan Watertown tidaklah jauh dari tempat penginapan kami. Kedai di Perth tutup lebih kurang jam 5 petang, maka sempat kami solat jamak qasar di rumah sahaja.


Saja-saja buat pose ini, hehehe.

Thursday, 23 March 2017

Day 3 in Perth

Hari ketiga di Perth, kami ke Lancelin Sand Dunes yang terletak lebih kurang 130 km daripada bandar Perth. Perjalanan menaiki kereta adalah selama 1 1/2 jam. Kawasan tarikan pelancong ini tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Kami berhenti di kedai Lucky 7 / Have A Chat di Lancelin untuk menyewa papa luncur pasir (sand board) dengan harga AUD 10 untuk 2 jam (deposit AUD 50 untuk sekeping papan). Sekiranya anda tidak berjumpa kedai itu, tidak mengapa. Di tapak Lancelin Sand Dunes, disediakan perkhidmatan tersebut. Tidak ada caj letak kereta di kawasan ini.

Setibanya di sana, kami meluncur di atas pasir. Menyeronokkan dan suatu pengalaman yang berbeza untuk semua.

Cuaca walaupun panas, tetapi berangin dalam 23 darjah Celcius.

Fateh di atas kawasan tinggi, melihat abang-abangnya bermain. Dia tidak berani untuk meluncur.



Mendaki bukit pasir untuk meluncur.
Balik semula ke Perth, kami singgah di Blue Boat House. Tempat letak kereta di sini berbayar (AUD1 untuk 1 jam). Hanya untuk sebuah rumah comel biru, kami turun mengambil gambar.

Berlatar belakangkan Blue Boat House. Cantikkan ada kapal belayar di belakang, seperti gambar di dalam poskad. Bukan semua musim ada kapal belayar tu.

Berdua dengan suami.


Dalam perjalanan pulang dari Lancelin, kami singgah di Charcoal Chicken Express, Dianella. Menu cadangan yang wajib rasa adalah lamb ribs. Cuma sosnya agak manis bagi saya. Untuk 2 pinggan lamb ribs dan 1 pinggan charcoal chicken, bil berjumlah AUD 42. Porsi makanan sangat besar da cukup untuk kami sekeluarga. Kami bawa air kosong sendiri untuk jimatkan duit dari membeli air.

Untuk hari ketiga, kami hanya ke dua tempat tarikan kerana perjalan pergi balik ke Lancelin telah mengambil masa lebih kurang 3 jam ke atas.

Tuesday, 21 March 2017

Day 2 in Perth

Alhamdulillah, selepas berapa lama merancang perjalanan ke luar negara, akhirnya menjadi kenyataan.

Mulakan dengan  hari kedua, sebab hari pertama kami sebenarnya habis di dalam kapal terbang, dan kami terus mendaftar masuk ke penginapan.

Jadi pada hari kedua, kami telah ke Caversham Wildlife Park. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Krismas. Harga tiket untuk dewasa AUD 28 dan kanak-kanak (3-14 tahun) AUD 12.50.

Berikut adalah senarai aktiviti dan persembahan di taman ini:

- Meet wombats & friends (11.00am, 2.00pm, 3.45pm)
- Meet the koalas (11.30am-12.00pm, 2.30pm-3.00pm, 4.00pm - 4.30pm)
- Feed the kangaroos (9.00am - 5.30pm)
- Farm show (10.00am, 1.00pm, 3.00pm)

Membawa anak-anak melihat binatang secara hadapan dan dapat disentuh, seperti kangaroo dan koala.

Di taman bersama kangaroo. Kami diberi peluang untuk memberikan makanan kepada kangaroo tersebut. Tiada caj dikenakan untuk harga makanan.
Fawwaz semasa sesi Meet the Wombat and Friends
Ya, kali pertama untuk kami memegang ular.
Di hadapan sangkar musang, huhuh..
Kami akhirnya berehat santai dan makan di kafe berhadapan dengan Caversham. Harga makanan agak mahal (lebih kurang AUD60), dengan pembelian 2 pinggan makanan serta 3 jenis air.
Seterusnya, selepas berehat seketika, kami ke Margaret River Chocolate Factory, berhampiran juga dengan Caversham
Singgah di sini untuk membeli speciality chocolate. Kami bukan pemakan coklat tegar, jadi membeli tidaklah banyak mana. Tidak lama di sini, dalam 30 minit. Ada juga tempat yang disediakan untuk chocolate tasting.

Seterusnya, kami singgah di kilang Megabes, tempat membeli cenderahati dengan harga yang murah. Sebenarnya, Megabes mempunyai kedai di Fremantle E-shed Market dan ianya dibuka dari Jumaat-Ahad. Walau bagaimanapun, kami telah singgah ke kilangnya di Malaga. Sepatutnya, untuk datang ke sini, kami perlu membuat temujanji dahulu.

Tuan empunya kilang ini merupakan orang Singapura dan sangat-sangat peramah. Kami berborak dengan anak lelaki beliau, dan beliau telah mencadangkan beberapa tempat untuk kami pergi - seperti Hillary's Boat Harbour, Blue Boat House dan Cottlesloe Beach.

Singgah di Masjid Mirrabooka untuk solat jamak.

Ke Conventry Village berdekatan untuk membeli barang makanan, serta minyak wangi dan vitamin.

Untuk penutup hari kedua, kami singgah di Hillary's Boat Harbour. Cuaca agak sejuk dan sangat berangin kerana bersebelahan laut.