Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Monday, 10 April 2017

Hantaran merisik

Disebabkan si gadis sukakan merah jambu, makanya warna pilihan untuk hantaran: 
  1. Merah jambu
  2. Kuning
  3. Peach 
Walaupun sekadar merisik, disediakan juga 3 dulang untuk si gadis terdiri daripada cincin dan minyak wangi, jubah dan coklat.

Gabungan tiga warna

Hantaran ini siap di rumah mentua

Persiapan seminggu sebelum majlis

Hantaran si gadis dan si teruna.

Friday, 23 January 2015

Hanya satu dulang hantaran

Dua minggu lepas, saya menerima satu permintaan dari senior universiti dahulu.
Buatkan hanya satu dulang hantaran cincin untuk majlis pertunangan. Saya sendiri tidak kenal tuan badan yang ingin mengikat tali pertunangan. Seorang jejaka di syarikat yang sama.
Segala urusan diserahkan kepada kakak senior ini. Kakak inilah yang asyik menghubungi saya bertanya tentang hantaran.

Mula-mula, katanya hantaran bertemakan kuning emas. Mujur pula emak jejaka menyatakan warna merah jambu dan ungu. Siap diberi gambar sampel hantaran.

Sehingga kini saya masih tidak kenal klien misteri itu. Dan akhirnya, sebuah dulang ini dizahirkan. Dia sangat suka.. alhamdulillah. Tahniah untuk hari pertunangan anda!

Thursday, 21 November 2013

Red and tiffany blue wedding themed hantarans

Now, since my Mak Long asked me to do hantarans for my cousin who is getting married on 30 November (which is end of next week), and she said to recycle some of the stuff from his brother's wedding (which was held in 2011).

So I recycled the boxes, the trays and the red flowers, and some of the stuff that I have beforehand for this hantaran.

She sent the items last Monday, and asked for 7 dulangs, which consist of:

1. Duit hantaran
2. Wedding ring
3. Al-Quran and prayer mat
4. Prayer telekung
5. Kain pasang
6. Cake
7. Fruits

I started with red, and searched for color combo palette. I don't know why but I was attracted to teal / tiffany blue. I found out that if I goggled in Malay, the hantaran inspiration or colour palette is not as good as the English site.

Inspiration comes from this picture, red rose and Tiffany blue wedding theme.


I added a dash of pink, since I could not find chocolate sand (burlop colour) to match with the red flowers. And presenting the works that I have done:

Prayer telekung in a box.

Wedding ring in a white tray.

Al-Quran and prayer mat.

Tray preparation for kain pasang.

Album for duit hantarans.

The hantarans.

Hope it give you some ideas for hantarans :).

Tuesday, 29 November 2011

Pelamin anganmu musnah

Wedding chaos.

Oh my, dari 7 dulang, jadi 10 dulang sebab sebelah lelaki tambah hantaran. Hari Jumaat baru cakap, time kami tengah drive nak balik Melaka. Hasilnya, bunga-bunga dan barang hiasan hantaran mahal-mahal kat Melaka. Polisterin pun RM 5 satu!

Ayah mertuaku pergi ambil kek hantaran 30 minit sebelum rombongan pengantin lelaki sampai. Kelam kabut siapkan hantaran terakhir.(Tolonglah jangan ada penambahan dulang hantaran pada saat-ssat terakhir. Menyesakkan kepala sebenarnya...)

Pelamin runtuh masa pengantin lelaki nak masuk rumah. Gila glamour rasa masa tu sebab duduk sebelah pelamin.

Tiba masa untuk berarak, satu keluarga jam 1.30 dah sampai, satu keluarga lagi belum sampai-sampai. Akhirnya, dengan muktamad, kami suruh je berarak jam 2 petang.


Elok-elok masuk rumah untuk bersanding selepas berarak, terus hujan turun menggila. Habis disuruh semua sanak saudara menepung tawar kerana menunggu keluarga lagi satu sampai untuk tepung tawar. Oh ya, kenduri serentak untuk 2 orang adik-beradik iparku. Berkali-kali minta maaf dengan dua-dua keluarga.

Mujur pak andam beritahu nak buat apa kat kakak diaorang ni. Dah blur manjang kat tepi tu.

Bila di meja makan beradab, boleh pula khemah bocor, air hujan turun mencurah-curah. Mujur kakak ipar dan abangnya (suamiku) tolong berdiri sebelah meja keluarga pengantin lelaki untuk memastikan tempias air hujan kena pada kami, bukan kepada tetamu. Basah kuyup suamiku dan adiknya (yang berbaju Melayu siap bersampin) tolong tolak air keluar.

Adik ipar lelakiku kelam kabut menjerit, "Kak Aida! Mana kek? Mana kek?"

Rupa-rupanya pengantin beli kek 3 tingkat, tapi tak cakap dengan kami dia simpan kat mana dalam rumah. Mujur le sepupu seorang itu agak terror menyusun kek bertingkat-tingkat. Kalau bagi kakaknya ni, lama dah rasanya runtuh kek 3 tingkat tu.

Petang tu terus pengsan kami.

Pengajaran: Kalau nak buat besar-besaran, jangan lupa bagitahu ahli keluarga tentatif majlis. Dan jangan lupa bagitahu kek bertingkat kat mana. Jangan lupa check khemah OK ke tak. Dan jangan lupa test pelamin untuk memastikan kekuatannya. Jangan lupa nak lantik event manager.

Monday, 31 October 2011

Pink & purple make a nice combination

It is always nice to combine colours which coordinates with each other. Pink and purple is always a nice combination and give perfect tones in pastel.

These hantarans were made for my sister in law, who will be tying the knot by end of November. 


The perfume in the decorated glass bowl.


This tea set is actually for lollipops prepared as hantaran. Thus tea (or candy?) for two is created. The lollipops will be set inside the teapot.


Spectacles for the groom as another hantaran gift which was placed inside a white oval plastic basket. The basket was bought from Daiso for a mere RM 5.


The shoes. I still feel stuck on how to decorate this. Hmm, my creative juice, where art thou?


A watch for the teddy bear :)

- Blog Press enabled

Sunday, 9 October 2011

I am busy doing this

For my cousin who is going to marry a muallaf ;)


From her to him. Purple & silver make a nice combination, ehh?


From him to her. White and red is always stunning to look at.

-Blog Press enabled

Monday, 8 August 2011

English flowers inspiration

Syu is dreaming of an English flowers inspired themes. Her soon to be engagement, although is a low key event, was full of hantarans. At first, her soon to be fiancee said that it will be 9 from Syu's side, and 7 from his side.

As of last week, the hantarans stand at 13 from her side.

Her soon to be fiancee will be giving 15 hantarans + 3 for her older sister (Syu is the second in the family). In Malay tradition, especially in Perak, there is still this adat called 'langkah bendul' where the groom to be has to give some token of appreciation for the unmarried older sister since the groom to be is asking for the marriage to her younger sister.

Her love for something rustic and looks wood, makes me search for this dark chocolate coloured box. She specifically told me she wants 'wooden' boxes, and it stands out with her hantarans' theme of light blue. The contrast between the box and the embellishments really pops out.

Since she love blue so much, it was much harder to find ribbons to the exact light blue colour (biru cair). She searched for blue coloured towels & prayer mat, to ensure it is in the same colour as her chosen theme.

The turquoise coloured towel in a wooden basket.

As for her love of English inspired things, she bought this vase - alike thing from a shop (if I am not mistaken, the shop was called 'Romantika') at Amcorp Mall.

..and the 3 heart shaped boxes are also from the same shop. I do prefer her to find her own boxes for her hantarans, for me to get an idea on what kind of themes should we expect for the hantarans. Since the light blue boxes had pink roses as its patterns, thus I also used the same coloured flowers for her hantarans. I found a bunch of flowers in the combination of pink, white, yellow and purple.


And lastly, for some of her delicacies, a light plastic see through box.

Wednesday, 3 August 2011

My current project..


This is for my ex-staff, cum colleague. She is so into English flowers theme.
She also loves pastel colours (like moi).

Stay tuned for the pics after I have finished organising her 13 dulang hantarans.

Wednesday, 29 June 2011

Tunjukkan sirih junjungnya..


Hantaran tunang dari kedua belah pihak.


 
 Kek dan buah. Komen suamiku: First time jumpa oren macam ni, chehhh

 Kain untuk baju Melayu dan kemeja

 Coklat dan sirih junjung (simple & nice)

Pocket sized Quran

Ok puas hati Aini? Ngehehehehehhe

Monday, 27 June 2011

25 June 2011

 Hantaran tunang warna tema merah - krim. Adik iparku sangat berpuas hati dengan gubahan hantaran ini.

Bersama sepupu-sepupu, dan adik-adik ipar. An, amazingly, was being make up by Lala & me. Ada juga dia complaint kalau dia mekap sendiri, muka putih sangat.

Tuesday, 17 May 2011

Hantaran umpama bakso cinta

Hari ini dihabiskan dengan menggubah hantaran bertunang untuk adik iparku pula.

She has a very specific theme (maroon & cream) in mind and she shows me what kind of gubahan hantaran that she wants. Huhuh, pendek kata, ini ala-ala demanding customer. Ok, fine... kalau tak, mahu kakak ipar dia pecah kepala fikir konsep apa.

7 dulang hantaran:
  1. Baju kemeja
  2. Kain baju melayu
  3. Quran
  4. Kek
  5. Buah
  6. Coklat
  7. Sirih junjung


Ini saya namakan lapik dulang bakso cinta. Ahahah. Sebab saya teringat bakso cinta Kang Azzam dari Ketika Cinta Bertasbih. Dek kerana bentuk polisterinnya yang unik menyebabkan saya dan Aini berpeluh-peluh menyiapkan lapik dulang ini.

 
Ini kotak berbentuk hati untuk mengisi sirih. Sebab adik iparnya sudah ada ideanya yang tersendiri, maka kakak iparnya sudah tentu akan accommodate request adik iparnya. Customer is always right, eh?

 
Ini pula bekas untuk hantaran buah. Saya nak cadangkan dia bagi hantaran epal merah. Sesuai dengan tema merah hatinya itu :)

 
Ini pula kotak untuk mengisi baju kemeja, kain baju melayu, dan senaskah Quran.

 
Kotak untuk coklat. Katanya nak beli Ferrero Rocher.
 
 
Gubahan yang sudah siap. Cuma barangnya masih belum ada.


Thanks buruh paksa @ buruh kasarku, Aini kerana dikerah memberi idea dan membantu :P.

Oh kotak-kotak tu (termasuk kotak berbentuk hati)? Saya dan adik ipar beli di sebuah kedai Jepun bernama Daiso terletak di Jusco Bandaraya Melaka. Harga satu kotak hanya RM 5!

Soalan teka-teki; Berapakah jumlah mawar merah yang saya gunakan untuk keseluruhan hantaran?

Hadiah: Sebuah komik keluaran Gempak Starz.
P/S: Lupa, kalau buat teka-teki ni, biasanya saya bagi hadiah :P

Tuesday, 10 May 2011

Hari yang produktif

"Kak Aida boleh buat kan?" tanya adik iparku.

Dah adik ipar tanya, takkan nak cakap tak boleh. Nikahnya bulan depan. Mujur bagitahu nak nikah, kalau tak, merajuk tak sudah abangnya - adiknya bertunang pun boleh tak dikhabarkan kepada si abang di seberang laut.

Hari ini hari produktif. Kena paksa cuti sebab ada AGM kat office. Jadi belilah segala perkakas menggubah barang hantaran. Mujur Aini tolong, kalau tak, mahu terbalik nak siapkan semua. Barang semua beli dekat dengan rumah je. Senang. Kalau tak cukup barang, boleh saja beli bila-bila masa. Lepas tu biasalah, dah habis gubah, mulalah idea Aini suruh tambah itu ini... adeh deh, penat tau.

9 dulang hantaran
  1. Jam
  2. Wang hantaran
  3. Coklat
  4. Minyak wangi
  5. Mekap
  6. Telekung sembahyang dan sejadah
  7. Gadget elektronik - kemungkinan telefon bimbit
  8. Sirih junjung
  9. Bunga pahar

dan (tidak termasuk 9 di atas): Mas kahwin dan cincin.


Ada 9 dulang semuanya, ada juga yang belum siap, macam telekung sembahyang belum lagi dibelikan. Pilih kombinasi warna kuning dan biru, sebab ada officemate Aini kahwin hari tu, cantik betul gabungan warnanya.

Sirih junjung nanti akan kugubah jua.. huhuhu..

Hantaran minyak wangi.

Hantaran mekap.

Hantaran jam.

Hantaran coklat (nanti masuk dalam mangkuk kaca).

Bingkai gambar untuk bingkaikan draf bank. Mudah dan praktikal.

Hantaran cincin dan mas kahwin. Nak terbalik menggubah bunga wang kertas 2 malam berturut-turut. Mujur komen suamiku dan anak-anakku serta Aini, "Cantik!" Alhamdulillah. Tapi kalau ada sesiapa nak upah suruh buat dengan upah yang berpatutan, bolehlah.. heheheh

Soalan teka-teki saja suka-suka: Berapakah nilai wang kertas untuk mas kahwin di atas?

Disclaimer: Aini tak boleh jawab sebab dia tahu berapa nilainya.. :P