Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Monday, 5 March 2018

Run sister run! MWM 2018

Ok best best!! Sangat teratur, well organised event, dapat penaja yang hebat-hebat, gerai yang pelbagai, tetapi... jersi perempuan saiz baby T.


Baru sampai masa ni, Esah dah kat starting line. Datang dengan Shiem, jiran dan rakan NECK SF.

Lepas 5km run, dapat dalam 35 minit untuk 4.6 km. Itu pun lambat tekan mula dekat jam Garmin. Tahu-tahu, jumpa geng MMU, TM, MRSM Jasin.

Esah tak sampai-sampai lagi masa ni. Macam-macam spekulasi kami buat. HAHAHA

Kisahnyaaa, si Esah terikut route 10km. Sebelum dia run, memang dah pesan jangan lari lagi. Sebab masa tu Menteri Besar baru rasmikan larian 10 km. Dia pi lari dengan orang yang ambil route 10 km.
Ni ku namakan geng salad.

Esah dapat medal 10 km, hahaha.. run sister run!
Goodie bag things - not in the picture, Tea Tree Oil Body Shop.
Lepas habis run, dapat minum Milo, Yakult, Nestle Granola dengan susu segar. Oh memang best sponsor MWM ni.
Konon carbo loading lah ni. Ceritanya macam nak makan nasi beriyani. Tapi banyaknya jalan tutup sempena MWM, kita lepak mamak la..
All in all, memang highly recommended event. Sangat menarik dan berbaloi dengan harga yang dibayar untuk masuk run ni. Hari Sabtu sebelum larian pun, ada pelbagai acara.

Let us be fit together sister! Alhamdulillah, one of the achievements after joining the program, untuk tingkatkan stamina.

Monday, 26 February 2018

Yesterday, we conquered the peak!

The view from above, masya Allah!

Ex-schoolmates


Didn't know we will be hiking for 1.5 hours up, and 1.5 hours down




And being us, we had to jump for our picture.
Everyone was staring at us, hehe!

Monday, 12 February 2018

Less frequent appointments

Will be meeting again Dr Melvin in 3 months.
Previously, the appointment is within 2 months.

Cholesterol is 4.4, gula 4.7 - which is really excellent.

Tuesday, 8 August 2017

Starting Micardis 40g last Thursday to normalise my BP.

Tuesday, 25 July 2017

As advised by doctor, for a person with tendency of high BP

The patient should not focus on HIIT and upper body weight workout (with weights).

She / he should not have heart rate of more than 140 during exercise.

Focus on aerobic, low impact exercise and yoga.

Well, since my change to a healthier lifestyle with Shaklee, I have been exercising 5 times a week. And I also have add on weight training. HIIT is always done on weekly basis.

Guess I have to slow down and target for every alternate days. Since I am not focusing on weight loss anymore, I can exercise 150 minutes/ week.

For person aiming for weight loss, a total of 300 minutes per week on exercise is needed.

Saturday, 22 July 2017

19.7.2017

Dimasukkan ke hospital pada 19 Julai disebabkan tekanan darah yang tinggi. Semalaman di hospital.

Ramai orang menyangkal bahawa walaupun saya sudah eat clean, bersenam dan makan vitamin / supplements masih lagi sakit.

I was given a clean bill of health by attending physician. ECG clear, air kencing clear, buah pinggang OK, jantung OK (yes I did an X-ray and ultrasound to eliminate all possibilities). Dan kolesterol saya cantik.

Doktor cakap saya fit dan rule out internal factors. No one is smoking at home, dan saya makan secara sihat.

Hence, this is due to external factors. Saya mengaku bahawa kerja pejabat agak luar biasa banyaknya. Ibu dan kakak saya mempunyai tekanan darah tinggi.

Doktor menyatakan, dengan keadaan sebegini, walaupun saya sudah melakukan yang terbaik, tetapi disebabkan faktor luaran serta faktor keturunan, maka saya perlu membuat pengawasan darah tinggi saya.

Penerangan lanjut daripada doktor, mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak menjaga makan lebih mudah untuk tekanan darah tinggi di luar kawalan.

Seterusnya, suami ada bertanya sekiranya Shaklee yang saya makan menyebabkab saya darah tinggi. The doctor refuted the claims, saying there is no evidence of it contributing to my high BP.

Jadi, janganlah pula kecewa bila ada orang sudah jaga makan, sudah bersenam, ambil supplements lagi boleh sakit juga.

Dulu kolesterol saya terlebih-lebih dari borderline, zaman belum cakna tentang ilmu kesihatan. Ujian kencing pun doktor cakap kena minum air kosong banyak sebab keruh.

Saya sudah cuba yang terbaik untuk diri sendiri. Sakit ni Allah bagi. Kita usaha. Kalau saya tidak usaha, gamaknya lagilah banyak penyakit saya kena.

Allah knows the best, as always.