Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Monday, 31 July 2017

Nota untuk IGCSE Fawwaz

*Update #1 hasil dari Program Forum Dwi Sijil & Silaturrahim yg diadakan pada 29/7/2017:*

*Nota dari Sesi Dialog di antara MRSMKu dan Ibu Bapa*

*Pertanyaan berkaitan Dwi Sijil:*

1. Ibubapa perlu jelas yg program Dwi Sijil bermaksud bahawa pelajar adalah disasarkan utk mendapat dua kelulusan sebaik keluar dari MRSM. Hampir semua MRSM mempunyai sistem nilai tambah ini seperti MRSM Ulul-Albab, MRSM Teknikal dan MRSM Kepimpinan.  Objektif Dwi SIjil adalah agar anak2 lulusan MRSM mempunyai kelayakan tambahan selain SPM yg membawa kelebihan kepada mereka untuk sebarang pemilihan atau kelayakan untuk mendapatkan biasiswa, kerja, dsbnya.

2. MRSMKu menjalankan Dwi Sijil IGCSE- satu kelulusan dari Universiti Cambridge dan SPM. Dalam erti kata lain, anak2 kelulusan MRSMKu akan ada dua sijil kelayakan yg menunjukkan pencapaian mereka dalam kurikulum Cambridge dan Malaysia.

3. Secara asas anak2 akan mengalami pembelajaran dua dalam satu, dan pengukuran akan dibuat seperti berikut:
a. Ting. 1  saringan
b. Ting. 2  Cambridge Checkpoint untuk menilai tahap pencapaian.
c. Ting. 3  peperiksaan PT3
d. Ting. 4 peperiksaan “IGCSE O-level”
e. Ting. 5 peperiksaan SPM

4. Cambridge Checkpoint mempunyai 3 subjek iaitu English as a Second Language, Math & Combined Science.
Cambridge IGCSE mempunyai 6 subjek- English as a second language, Maths, Physics, Chemistry, Biology & Add Maths.
5. Setakat ini, pelajar yg cemerlang dalam IGCSE (seperti mencapai 6A/5A) berpeluang untuk “melompat” ke sistem pengajian tinggi dengan memasuki program2 seperti International Baccalaureate (IB) dan A-levels dengan tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang dan jika cemerlang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah (lebih awal setahun dari rakan sebaya). Di bawah skim ini, MARA telah menawarkan 150 tempat kepada top scorers IGCSE 2016 dari 13 buah MRSM Dwi Sijil - IGCSE & SPM. Walaubagaimanapun,  MARA tiada ketetapan  menghantar 150 top scorers IGCSE pd tahun2 berikutnya utk sambung belajar kerana ini bergantung kepada kedudukan kewangan MARA.

6. Selain itu, anak2 juga boleh juga melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi jika ibubapa sanggup menaja sendiri anak2. Jika ibubapa ingin menaja sendiri, memandangkan ada institusi yg mengiktiraf IGCSE sebagai kelayakan masuk, maka mereka boleh dibawa keluar tanpa menduduki SPM. Tapi TP menekankan bahawa penting utk anak2 mengambil peperiksaan SPM sebagai “backup” seandainya mereka menghadapi masalah dlm pengajian peringkat tinggi.

7. Implikasi dari perkara 5&6 adalah anak2 tidak mengambil SPM. Maka TP mengingatkan bahawa SPM adalah penting jika anak2 ingin berkhidmat dengan kerajaan kelak. Beliau juga memaklumkan bhw anak2 yg “melompat” di bwh tajaan MARA akan mengambil sekurang2nya 6 subjek peperiksaan SPM dan wajib lulus BM dan Sejarah. Pelajar2 ini akan menduduki SPM sebagai calon persendirian.

8. Setakat ini, semua pelajar di MRSM Dwi Sijil - IGCSE & SPM adalah wajib untuk menduduki dan membayar yuran Cambridge Checkpoint (F2)  dan IGCSE (F4).

9.Dalam konteks ibubapa yg ingin menaja sendiri anak2 ke peringkat tinggi, masalah yg dikesan adalah yuran pembelajaran yang dikenakan adalah mengikut yuran pelajar antarabangsa kerana anak2 masuk dengan menggunakan kelayakan IGCSE. MARA kini sedang berunding dengan beberapa institusi agar anak2 MRSM yg ingin melanjutkan pengajian di IPTA akan dikenakan caj yuran sbg warganegara Malaysia.

10.Yuran IGCSE adalah atas tanggungan ibubapa mengikut kadar tukaran RM kpd Pound sterling pada bulan Februari. Utk tahun 2017, yuran Checkpoint adalah lbh kurang RM352.50 & yuran IGCSE O-levels adalah lebih kurang RM1900  (tahun 2016 lebih kurang RM2200). Ibu bapa disarankan siap sedia menabung utk yuran2 tsbt.

11.Guru2 yang terlibat dengan subjek2 IGCSE dilatih oleh pakar dari Cambridge sendiri.

*#5 and #8 as amended by Tn Azmin*

*Pertanyaan-pertanyaan lain selain daripada topik Dwi Sijil:*

1. Aktiviti2 lain selain daripada penekanan akademik yang didedahkan kepada anak2 MRSMKu (cth : soft-skills, etc) --> Melalui proses KAT, anak2 didedahkan dengan pelbagai aspek kendiri dan soft-skills seperti bekerja berkumpulan(teamwork), pemikiran kritis dan analitik melalui projek2 dan teknik pembentangan (presentation skills)

2. Penerangan tentang School Enrichment Model yang diterapkan di sebahagian besar MRSM elit, termasuk MRSMKu --> satu teknik pembelajaran dari USA, diperkenalkan oleh Renzulli (boleh Google "Renzulli's School Enrichment Model @ SEM") dari Universiti Connecticut di mana beliau telah membangunkan 3 peringkat berlainan bagi pihak pendidik membentuk pelajar2 terpilih di sekolah masing2. Type 1 sehingga Type 3 mempunyai pendekatan berlainan bagi mengenalpasti potensi pelajar terpilih ini dan seterusnya menyediakan satu platform utk mereka mencabar diri mereka ke tahap yang lebih tinggi (pushing them beyond their normal boundaries). Penekanan ini akan bermula ketika mereka di F2.

3. Sebarang aktiviti intervensi utk students' poor performance akan bermula ketika pelajar di F2, iaitu apabila kemampuan akademik anak2 dapat dinilai secara lebih menyeluruh selepas setahun melalui F1 dan proses KAT berkaitan melaui Topic-based & Student-based intervention.

* Tqvm to the contributors from Form 1 Parents (Pn Tun Nazihah & Dr Azura) & Form 2 (Tn Syamsul Fozi, Pn Mazni, Pn Erica & Pn Juraini) who attended the program for the notes above *

Friday, 2 June 2017

Giving back to MRSM Jasin

As part of our upcoming reunion in December, the committee decided to give back to MRSM Jasin, hence 18 ex students volunteered on 26 May for the session. I volunteered for Accounting stream talk. Yes, sounds boring.

Arrived at the school around 8 am, and got to meet the teachers. They were so excited meeting us, and I would say I was overwhelmed with emotion seeing my teachers. And the best part was, this is the first time in many years for MRSM Jasin to get speakers all from the same batch (SPM '97).

We divided ourselves into 5 streams:
  1. Accounting &Architect - 2 speakers, Soul & me (Rod came as replacement later since Azni cannot make it)
  2. Business & IT - Sha, Dilla, Yayan
  3. Medical - Hirman, Hidayah, Letter, Yatt
  4. Engineering - Matt, Keen, Aidazu, Ayu
  5. Oil & Gas - Bujal, Farah Ayuza, Aima, Rahim
Divided into 5 venues, and we got Dewan Bendahara! Oh such a nostalgic place where we had our weekly assembly.

We advertised ourselves as the career team who didn't score Physic, Chemistry or Bio, fret not you have a bright future as a lawyer, accountant and town planner.

Siap mengaku tak score langsung subjek Sains, sampai ada budak tanya 'Kak, macammana nak drop Biologi untuk SPM sebab tak minat?'

Oh did we say something wrong here hahaha.

Ok bila ada budak tanya 'Takde jodoh ke bang?' dekat Arief Dato' Mahbud bila dia bagitahu kami satu sekolah dari tingkatan 1-5. Dan menyampaikan jawapan kecewa kepada tukang dengar 'Dukacitanya, jodoh kami hanya sampai tingkatan 5.'

But the best part is, ada budak bercita-cita nak jadi suami Rawd Xii Anna. Kahkah, tersembul mata kawan aku gamaknya.

Dapat free magic show lagi from the student ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

I think this is the last session. We did outrun the time by 30 minutes. But it was fun, it was really fun. My two teammates can testify I was the most serious speaker. I told the students, "Accounting is boring."

But the fun part, I told them I took my exam at Old Trafford (hahaha).


Then after we finished our session and we got 5 stars treatment from the teachers (I do love them!) and Tupperwares as a gift (very practical), we decided to walk down the memory lane. We went to see our old classes (aah) and the compulsory main gate picture as above.


Crashing into the last class. We did take the pictures at (literally) every other class. But suddenly everyone was swarming into this class (5C) if I am not mistaken, and we decided to take pictures (posing as student, kah?) and did a mannequinn challenge.

I was quite surprised with the free style pose given by us in this picture (courtesy from Ayu).

It was really really a wonderful time spent with my friends and teachers. I did meet my homeroom teacher, Puan Molizah Alis. She is now the assistant principal.

And oh my, the teachers looked exactly the same 20 years ago!

Wednesday, 22 February 2017

Melawat Fawwaz di Kuantan

Kami mengetahui Fawwaz mendapat tawaran melalui SMS yang diberikan oleh pihak MARA. Tak tersangka sebab sebenarnya saya menunggu Aini memberitahu bahawa Auni mendapat tawaran pada 23 Januari lepas.

Saya sampai tidak boleh tidur malam, sebab masih terkejut. Kemudian, apabila melihat surat tawaran secara atas talian, ternyata Fawwaz ditawarkan ke MRSM Kuantan. Pilihan kami ketika itu sebenarnya adalah MRSM Bentong. Catatan ini bukanlah bermaksud saya ingin berbangga diri atau riak. Alhamdulillah, dah dilorongkan pula rezeki dari Allah, Fawwaz ditawarkan ke MRSM.

Kami memberitahu Fawwaz pada keesokan harinya, dan ketika itu beliau masih ingin berfikir untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Malahan, keputusan diberikan pada malam itu kepada kami. Suami pun positif dengan penerimaan Fawwaz.

Lalu bermulalah 2 minggu itu, kami sibuk menyediakan barang-barang ke asrama. Pendaftaran pada 6 Februari (2 hari selepas Aini disahkan stroke), jadi agak gundah gulana juga ketika menguruskan barang-barang keperluan. Mertua datang dari Melaka untuk satu hari, bagi menguruskan anak-anak yang bersekolah. Terima kasih Mak Ayah sebab membantu.

Bertolak ke Kuantan pada 5 Februari, dan pada malam itu, kami telah ke sekolah untuk melihat kawasan MRSM tersebut. Sekadar melihat jalan dan menganggarkan masa yang diperlukan esok semasa pendaftaran.

Alhamdulillah, hari Isnin semasa pendaftaran, kesemuanya selesai secara pantas. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu Cikgu Naszeri, guru Pendidikan Jasmani di MRSM Jasin dahulu, yang telah dilantik menjadi Pengetua MRSM (mungkin saya akan bercerita kisah ini kemudian, hahaah).

Fawwaz ditempatkan di blok dorm J, dan para pelajar senior membantu Fawwaz untuk sesi pendaftaran serta membawa barang ke asrama.

Dalam dorm.

Menunggu sesi penerangan dari Pengetua.

Selesai urusan, kami ke Teluk Cempedak, meluangkan masa.

Fawwaz membawa Faiq melihat biawak
Selepas selesai segala urusan, kami bertolak balik ke KL. Kami telah berjanji melawat dia pada 18 Februari (balik bermalam) sambil membawa adik beradiknya makan angin di Kuantan.

Alhamdulillah, he is coping well. Minta juga dia doakan agar Aini cepat sembuh.

Yang kelakarnya, ketika kami mengambil beliau, sampai sahaja di homestay, dia terus tidur.

Dia siap komen kepada Amni, "Amni tidak tahu nikmatnya tidur sehingga masuk asrama."
Hahaha. Maklumlah dia perlu tidur jam 12 tengahmalam dan bangun jam 5 pagi. Selepas itu dia bertanya pada saya, dan saya menjawab, " Ya, ibu faham. Ibu juga budak asrama."



Thursday, 26 January 2017

Saya budak MRSM

5 tahun bersekolah di 2 MRSM. Kalau dahulu, MRSM terdiri daripada MRSM menengah rendah dan menengah atas.

3 tahun di MRSM Pasir Tumboh, Kelantan. Saya banyak belajar mensyukuri nikmat di sana. Berapa ramai yang boleh mengaku rakan sekolah anak penoreh getah atau pesawah padi? Berapa ramai boleh cerita kawannya duduk jauh di kawasan pendalaman, dengan jalan tanah merah datang ke sekolah (duduk bersama) menggalas harapan keluarga?

Saya teringat semasa di tingkatan 2 atau 3, membantu menjaga kaunter pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1. Kaunter disusun mengikut pembayaran seperti koperasi dan yuran. Ada seorang gadis datang bersama atuknya, bertongkat dan kemungkinan besar tidak nampak. Bila disebut berapa yang perlu dibayar pada tiap-tiap kaunter, si gadis akan memegang tangan atoknya dan berkata, "Atok, kena bayar banyak ni (sambil menyebut jumlahnya)". Lalu si atuk dengan gigih akan mengeluarkan duit dan membayar perbelanjaan cucunya itu.

Saya sangat terkesan dengan peristiwa itu. Sudah lebih 20 tahun saya pertama kali mendaftar sebagai pelajar MRSM, tetapi peristiwa yang ini saya masih ingat untuk saya mensyukuri nikmat yang sedia ada.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah kurniakan, beserta harapan dan doa ibubapa, saya dan Aini mendapat keputusan yang cemerlang semasa tingkatan 3. Maka, kami mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM yang menyediakan Program Khas Pendidikan atau lebih dikenali sebagai kategori MRSM Bitara.

Kami ke MRSM Jasin. Dan alhamdulillah, sekali lagi Allah bukakan mata, bahawa kami ini pun bukanlah pandai mana. Ada orang terlebih-lebih pandai. Cabarannya di sana adalah, you are not the best, but you want to be the best! Maka haruslah pula buktikan kita kena rajin untuk mendapat keputusan cemerlang.

MRSM Jasin ketika itu pengisiannya banyak menjurus ke arah agama. Sampai sekolah kami digelar MRSM Agama. Zaman dahulu bukan macam sekarang, mana orang tahu pasal agama sangat.

Kenangan di MRSM, banyak, tak terbilang. Entah hendak nak mula dari mana. Syukur Allah pilih saya jadi budak MRSM. Alhamdulillah, rakan-rakan jadi manusia.

Dan dengan ini, saya sangat terkejut apabila menerima SMS Isnin lepas bahawa Fawwaz mendapat tawaran masuk MRSM! Malahan, Fawwaz tidak dipanggil temuduga pun! Masya Allah, sampai terkesima saya beberapa hari menatap surat tawaran atas talian.

Saya bertanya bekas-bekas guru saya juga, malahan bekas guru Geografi saya, Cikgu Azah berkata, "Itulah rezeki yang tidak disangka."

Mungkinlah agaknya Fawwaz pula akan teruskan tradisi jadi budak MRSM. Wallahu'alam.

Friday, 18 November 2016

Terima kasih untuk usahamu


Alhamdulillah, semalam telah diumumkan keputusan UPSR 2016. Anak-anak ramai yang kecewa, sedih dan terkejut. Keputusan sebenar terlalu berbeza dengan keputusan percubaan.

Tiba di sekolah dalam jam 10 pagi. Fawwaz sudah menanti di kantin sekolah. Keputusan pun sebenarnya sudah diketahui melalui perkhidmatan SMS. Cuma didiamkan sahaja agar biar Fawwaz sendiri yang tahu dari gurunya.

Harapan ibu bapa, semestinya 6A. Melihat penurunan yang sangat drastik bagi sekolah-sekolah di Malaysia, menyebabkan saya bersyukur Fawwaz mendapat keputusan yang dikira agak baik. Dari sekolahnya, 4 orang telah mendapat 6A, 15 orang mendapat 5A, 16 orang = 4A. Bilangan calon adalah dalam 320 orang.

Fawwaz telah mendapat 3A, 2B dan 1C.

I love you to the moon and back.

Walaupun mungkin bagi kebanyakan ibubapa, keputusan yang @fawwazamin_ hadiahkan untuk kami mungkin kategori biasa-biasa. Berapa ramai anak-anak yang pilu dan menangis apabila keputusan diumumkan.

Mencabar hendak membesarkan khalifah Allah ini. Malahan, UPSR yang lalu sebenarnya membebankan emosi anak-anak dengan harapan yang menggunung.

Maka, haruslah ibubapa tersenyum, peluk anak-anak kalian. Mereka sudah dari mula bersusah payah dan memberikan yang terbaik untuk kita. Sekiranya kita kecewa, fikirkanlah hati anak yang berderai umpama kaca yang retak itu. Walaupun hanya berumur 12 tahun, sudah tentu mereka juga boleh berfikir dan mempunyai hati dan perasaan.

Sesungguhnya UPSR 2016 adalah sebuah ujian sebagai ukuran adakah cinta kita kepada anak-anak itu bersyarat atau tidak.

Dan saya memilih untuk meraikannya walaupun dia tidak memberikan semua A, malahan berwarna warni, hanya kerana usahanya.




Saya suka tazkirah ini

Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)
Hari ini Keputusan UPSR : ๐Ÿ’–SAYANG TANPA BERSYARAT

oleh : UBF, Islamic Psychologist/ Motivator

Assalamualaikum wbt๐Ÿ‘
Buat ayah ibu tahun 6, 2016, Insya Allah hari ini ayah ibu akan menanti๐Ÿ“‹keputusan UPSR anak. Anak2 pula penuh dgn debaran, risau dgn keputusan. Dan yg lebih mereka risau dan takut adalah respon ayah ibu.

Buat ayah ibu...๐Ÿ‘ช
Keputusan UPSR hari inj bukan semata2 kegerunan buat anak2 malahan ujian besar buat kita. Allah uji kita bagaimana kita mahu respon setelah mengetahui keputusan UPSR anak.
✔peluk sambil nangis
✔cium
✔tepuk bahu anak
✔marah
✔kecewa
✔sedih
✔cubit, tarik telinga

Macam2 andaian yg bakal berlaku. Ayah ibu pun mcm dah set je nak respon macam mana kan..๐Ÿ˜… Sabar... Baca ni dulu.

❔Soalnya, adakah respon kita bergantung dgn keputusan UPSR anak?

❌Kalau begitu, ertinya sayang kita bersyarat kan... Sayang ketika berjaya, benci atau marah bila gagal. Dan 1 kesilapan yg besar kalau sayang bila berjaya marah bila gagal. Kerana keputusan berjaya ataupun gagal bukan urusan anak2 kita, apatah lagi kita. Itu urusan Allah yg memang kita tak boleh nak campurtangan. Bagaimana ayah ibu boleh menentang ketetapan Allah?

๐Ÿ™‹Ye tau, yang ayah ibu marah bukan sbb gagal, tapi sbb anak tak belajar dan tak sungguh2 belajar. UBF cadangkan 1 cara terbaik utk respon kpd anak2 yg masih belum berjaya terutamanya yg main2 belajar.
๐Ÿ†—1. Peluk cium
๐Ÿ†—2. Nangis (kalau boleh๐Ÿ˜Š)
๐Ÿ†—3. Dan cakap baik2 begini dgn anak,
        
          "Rasa apa bang? Sedih? Nampak kan bila main2 belajar, abg x dpt A. Abg gagal. Tp gagal pun ayah tetap sayang abg. Mmg ayah sedih abg x berjaya UPSR tp ayah lg sedih kalau abg x solat, tak dgr ckp ayah ibu. Klu abg x dpt nk gembirakan ayah n ibu dgn 6A pun takpe... abg gembirakan kami dgn solat dan dgr ckp ayah ibu ok."

๐Ÿ”ฎYelah... nak marah pun result dh dapat kan...bukan boleh ubah pun. Dah tu, baiklah ckp baik2. Sbb dgn marah meretakkan hubungan. Walaupun dah tau keputusan tak boleh diubah, tapi sekurang-kurangnya dgn bercakap baik2 kita membina hubungan yg bahagia. Anak pun selesa, ayah ibu pun bahagia.

Hidup Mati Biarlah Bererti
Ust Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF) 0196501002, Perunding Utama NADI ILMU Training Management


Just a stat

/nst

UPSR 2016: Under new exam format,  4,896 pupils (3,174 in urban & 1,722 rural) scored straight As.-Edu DG Khair

Last year, 38,344 pupils obtained As in all subjects.

Friday, 9 September 2016

Minggu UPSR

Fawwaz Amin, anak keduaku telah menempuhi UPSR pada minggu ini. Masya' Allah. Sekejap sahaja masa berlalu.

Dengan Fawwaz, perlu diberi lebih perhatian. Dia pandai tetapi perlu sedikit usaha. Tidak pernah mendapat antara nombor teratas di dalam kelas semasa Tahap 1. Memasuki Tahap 2, terus sahaja namanya naik di nombor 2. Tahun lepas, semasa darjah 5, beliau sepatutnya mendapat nombor 1, tetapi guru kelasnya tersalah kira. Akhirnya, merajuk 2 hari dengan cikgu.

Tidak apalah Fawwaz.

Minggu ini mendebarkan, kerana keputusan ujian percubaan UPSR agak berwarna warni walaupun tidak gagal. Sekurang-kurangnya, apabila dilihat dari awal tahun, markahnya sudah naik berdikit-dikit. Walau bagaimanapun, harus lebih usaha untuk dapat A.

Tahun ini pula kali pertama diperkenalkan 6A di dalam UPSR. Subjek Bahasa Inggeris telah dipecahkan menjadi 2 kertas: Pemahaman dan Penulisan. Dan tahun ini juga, agak mencabar kerana hampir 90% format ditukar untuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Saya kira, untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2004, mereka sudah seperti bahan ujikaji, di mana sukatan pembelajaran ditukar berkali-kali. Buku teks pula hanya dapat selepas mula persekolahan kerana pertukaran sukatan pembelajaran.

Seingat saya, kata menteri, UPSR akan dimansuhkan untuk mereka yang masuk darjah 1 pada tahun 2011. Alih-alih, hanya pada darjah 5, kementerian mengumumkan UPSR akan diadakan semula dengan tambahan subjek untuk peperiksaan.

Walau bagaimanapun, ibu dan abah tahu Fawwaz sudah buat yang terbaik. Ibu tidak mahu Fawwaz kecewa kerana tidak berusaha. Ibu mahu Fawwaz berusaha walaupun mungkin atau tidak mendapat 6A.

Alhamdulillah, semalam sudah selesai peperiksaan UPSR.

Menanti Fawwaz selesai kertas peperiksan pada hari pertama bersama Fateh
Sebenarnya ibunya yang seronok terlebih selesai kertas terakhir semalam, kertas Sains.
Meraikan selesai peperiksaan, hahaha...
Setiap pagi, abah yang telah menghantar Fawwaz ke sekolah, kerana ibu menguruskan adik-adik di rumah. Kemudian pada waktu tengahari, ibu yang akan mengambil Fawwaz dari sekolah, usai peperiksaan. Begitulah rutin minggu ini.

Alhamdulillah, Fawwaz di darjah 6, walaupun banyak cabaran kerana memberikan gred berwarna-warni, apabila hampir ke tarikh peperiksaan, Fawwaz sudah cuba dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke akhirnya.

Moga usaha Fawwaz menggali ilmu diberkati...

Tuesday, 12 January 2016

Fateh ke sekolah

Tahun ini memang agak istimewa. Banyak perkara besar pada hidup anak-anak.
Tidak dilupakan, Fateh yang menaiki darjah 1 pada minggi sudah. Oh pejam celik sudah besar rupanya si Fateh.
Begnya lebih besar pada tuan.
Moga Fateh belajar dengan bersungguh-sungguh dan niatkan belajar itu sebagai suatu ibadah. Insya Allah...

Friday, 1 January 2016

New phase of life for her

She said she wants to be a doctor. Or a teacher.

She said she was afraid to enter high school. She was overwhelmed with the next phase in her life.

We went for orientation yesterday. Many of her friends from her primary school was there.

And the school is really close to our house. May Allah ease our journey.

Amin ya Rabb.

Wednesday, 18 November 2015

Buat anak-anakku...

Ibu doakan moga kalian dikurniakan syurga.

Ibu juga mengharapkan pencapaian di dunia, tetapi biarlah pencapaian itu sejajar dengan kehendak ibu untuk kalian ke syurga. Apa lagi yang lebih ibu impikan tatkala anak-anak ibu sendiri sudah sedar untuk menjaga waktu solat dan sanggup ke masjid untuk solat berjemaah?

Walau bagaimana susah pun sesuatu ujian itu, mungkin sudah termaktub itu sahaja yang Allah ingin hadiahkan untuk kalian. Ibu juga harus belajar menerima, dan ini juga ujian untuk ibu juga. Ibu tahu anak ibu sudah melakukan yang terbaik, dari segi usaha, maka tidaklah perlu kalian kecewa dengan hasil di dunia.

Rasa cemburu itu harus ada. Untuk kita memperbaiki diri sendiri.


Bagi orang lain, mungkin tiada apa-apa. Untuk Amni, inilah ujian terbesar sepanjang Amni bersekolah rendah. Ibu tahu Amni OK sahaja dengan keputusan yang diterima. Mungkin juga Allah hendak tunjukkan pada ibu, bahawa hati ibu sehingga semalam masih berbolak balik untuk Amni bersekolah di rumah atau perlu ke asrama.

Dan dengan keputusanmu nak, moga Amni lebih bahagia.
Alhamdulillah. Cukup sudah A itu, nak. Ibu bangga denganmu.

Tuesday, 8 September 2015

Destressing myself

Since Amni is sitting for her UPSR today, after I make do with my solat sunat and doa, I find myself cannot sit still. I am nervous for Amni.

I know she has prepared well for her exams. Yes, this is her first major exam. There will be many more to come in future years. We revised together yesterday, and she read through some examples for Karangan. Deep in my heart, I know she is nervous, but she is not having any panic attack. Alhamdulillah

Still, she is now in her school exam hall writing and answering the questions.

And me, back at home.. I coloured a picture from Fateh's colouring book.

After nearly 30 minutes colouring a character, I find that the Pelikan pencil colours give a brilliant colour pay off compared to the standard Staedler pencil colours. I find some reviews that people also mentioned Faber Castell pencil colours is also worth the money.

Presenting my artwork! I just make do with the colours that Faiq owned, which I found leftovers stashed in a box full of books. Thus, no light blue colours since I have found none. I would love to colour with pink, somehow.

Let see if I can do some colouring tomorrow and the day after. One picture per day for UPSR.

Thursday, 3 September 2015

UPSR attack!

So, as a paranoid mom, I have been busy because my eldest is going to take her exam next week.

I think I have even memorised the set of questions and answers to mark Amni's paper.

.

Tuesday, 14 July 2015

Tadarus Al-Quran di sekolah

Alhamdulillah, sekolah agama anak-anak mengadakan tadarus Al-Quran pada hari Jumaat yang lepas. Malam sebelumnya, ibu dan abah sibuk membelikan bunga telur untuk dibawa ke sekolah.

Walau anak-anak kenakalannya menguji jiwa, insya Allah mereka masih mendengar kata. Dan yang paling membahagiakan, suka ke masjid dan surau. Fawwaz dan Fahri memang sekadar berbuka puasa di surau. Hanya berbuka puasa di rumah ketika hujung minggu.

Ramadhan kali ini, terasa letihnya. Mungkin usia sudah meningkat. Yang pastinya, si bongsu Faiq pun sibuk hendak bangun sahur. Ya, dia masih menyusu badan (walaupun bukan sepenuhnya). Fateh pula masih belum berpuasa, diajar mencuba sedikit-sedikit.






Menatap gambar-gambar di atas sudah cukup membahagiakan ibunya. Anak-anak pula alhamdulillah, walaupun belum khatam al-Quran, bacaan lebih lancar dari ibunya semasa kecil.

Minggu lepas juga, adalah peperiksaan percubaan UPSR yang pertama.

Wednesday, 18 March 2015

When there comes the necessity

Since my eldest child will be sitting for her UPSR this year, she has started her extra classes at school.
We have never considered our children will need a handphone, but right now it becomes a thing of necessities. She need to call us in case her classes run late.

We bought a basic Nokia handphone for her at RM79. Looking at it, reminds me why Nokia is so reliable during my university days.

Just a basic phone, with no frills of Internet.

And then I saw one SMS from my sister asking,  'Hi Amni. 7 x 8 berapa? Muahahaha.'

#slaps forehead# And just a few days ago we have reminded her not to use it freely since it is a prepaid number.

Sunday, 29 June 2014

Report card day

Alhamdulillah..

Biasalah, kalau anak lelaki, kena usaha lebih. Memang masa hendak peperiksaan pertengahan tahun, memang teruk budak-budak ini kena drill dengan emaknya.

Komen cikgu: Fawwaz budak pandai. Kena usaha betul-betul.

Iyalah cikgu, kalau dia usaha lebih sikit memang boleh. English memang banyak kena improve. Bila borak balik dengan cikgu, rupanya ada format yang berubah.

Amni dan Fahri, macam biasa dapat komen rajin. Tiba-tiba Amni dapat Matematik B. Ibunya suspect dia mungkin tidak faham sangat pecahan, memang banyak kali kena ulangkaji.

Balik-balik je tengok Fawwaz ambil gambar keputusan dia. Tahu-tahu dah upload kat Facebook *_*

Thursday, 23 January 2014

Fahri dan sekolah

Orang yang paling seronok hendak pergi sekolah semestinya Fahri.

Pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Sudah darjah 1.

Hari pertama sudah ada tragedi jatuh dari motor. Bawa ke klinik dahulu. Berhari-hari kaki kena urut.

Macam-macam hal.

Monday, 11 November 2013

Tahniah!



Amni mendapat nombor 4 dalam kelas, dan nombor 6 dalam terbaik aliran (dari 341 pelajar). Jadi dia dapat hadiah untuk terbaik aliran tahun 4, tetap tidak dapat hadiah untuk kedudukan dalam kelas. Memang sudah potong kedudukan ibu dan Cik Aini masa kami di sekolah yang sama.

Fahri mendapat nombor 1 dalam kelas, tidak berjaya mendapat tokoh lelaki terbaik. Abahnya kata mungkin sebab pendiam.. hehehe. Tapi ambil gambar pun macam kena paksa je ni.

Fawwaz, dari nombor 1 dalam peperiksaan pertengahan tahun, sampai tiada nombor. Sebabnya, matematik dapat 57. Yang lain, semuanya 90 dan ke atas. Tidak apalah Fawwaz ^_^. Nanti ibu ajar matematik balik.

Thursday, 20 June 2013

Oh unexpected

Semalam suamiku ambil report card.

Amni dapat nombor 4 di dalam kelas. Bila tengok report card, perlu perbaiki penguasaan BM dan BI. Agak lemah di situ. Masa dia ujian sebelum cuti sekolah, ibunya sudah drill BM. Sungguh-sungguh dia balik menulis karangan dan bacaan. Cuma kasihan juga kat dia. Sebabnya, dia memang sudah masuk kelas yang atas-atas, nanti naik lagi kelas lagi atas, takut stress je anak daraku.

Jangan jadi macam ibunya ni, tiba-tiba sahaja naik tekanan darah pasal kerja.

Fawwaz! Oh Fawwaz. Dapat nombor 1 dalam kelas. Dia cerita dengan kawan dia, kawan dia boleh jawab "Tipu!". Hahah, ibu dan abahnya pun masih belum percaya. Masa ujian hari itu pun drill juga lepas dia balik belajar dari rumah Nek Ummi. Menggunakan segala buku aktiviti yang dibeli di Pesta Buku tempoh hari.

Tapi sudah janji, ada hadiah. Hmmm.. nanti nak bawa budak-budak ni, biar diaorang pilih sendiri.

Allahu.. selalu lupa anak-anak kita ini pandai sebenarnya. Cuma kemahiran masing-masing berbeza.

P/S: Sejak kebelakangan ini, memang tulisan di blog agak merudum. Ada ujian besar rupanya Allah nak bagi. Dan Allah tentu pesan, jagalah kesihatan. Masalah dunia tidak akan selesai sampai bila-bila.

Wednesday, 2 January 2013

Ketua kelas

'Siapa nak jadi ketua kelas? Angkat tangan'
Fawwaz angkat tangan. Siap budak kelas mengundi.

Oh the joy of having an extrovert kid. Anak saya sangatlah peramah dan berkawan dengan semua orang.

Ya, dia dilantik jadi ketua kelas.

Thursday, 27 December 2012

Mini convo tadika


Walaupun sudah sebulan berlalu, sebab kami berdua sibuk uruskan hal akak - ya Fahri konvo tadika pada hari Sabtu sebelum akak meninggal. Untuk mengabadikan kenangan.

Fahri ini, anak yang bijak. Kalau bagi buku kerja, satu hari dia cuba habiskan. Sebab dia suka menulis. Dia masih lagi tak pandai sangat membaca, ibunya tengah cuba usahakan bab itu. Untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini, alhamdulillah.. perkembangannya agak memberangsangkan.

Sibuk menari joget ketipang payung.

Tak sangka ada bakat terpendam. Bersungguh-sungguh dia menari. Siap berborak dengan pasangan dia di sebelah.


Surprise, surprise. Kalau tanya bila ujian, dia siap tanya kita balik "Ujian tu apa?". Ibu kena telefon cikgu tadika tanya bila tarikh ujian dan hari penyampaian hadiah.

Rupa-rupanya, dia dapat nombor 3 dalam kelas. Diam-diam ubi berisi (eh lamanya tak pakai peribahasa Melayu). Alhamdulillah.

I believe in celebrating the kids achievement, even though how small it is. Sometimes, when they asked for something, maybe they would not get it. But the kids also has to learn that not everything in life is given free. I am proud of you, and your siblings.

Monday, 25 June 2012

Sukaneka




Sempat lagi tidur anakku... ish ish ish