Tuesday, 21 March 2017

Day 2 in Perth

Alhamdulillah, selepas berapa lama merancang perjalanan ke luar negara, akhirnya menjadi kenyataan.

Mulakan dengan  hari kedua, sebab hari pertama kami sebenarnya habis di dalam kapal terbang, dan kami terus mendaftar masuk ke penginapan.

Jadi pada hari kedua, kami telah ke Caversham Wildlife Park. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Krismas. Harga tiket untuk dewasa AUD 28 dan kanak-kanak (3-14 tahun) AUD 12.50.

Berikut adalah senarai aktiviti dan persembahan di taman ini:

- Meet wombats & friends (11.00am, 2.00pm, 3.45pm)
- Meet the koalas (11.30am-12.00pm, 2.30pm-3.00pm, 4.00pm - 4.30pm)
- Feed the kangaroos (9.00am - 5.30pm)
- Farm show (10.00am, 1.00pm, 3.00pm)

Membawa anak-anak melihat binatang secara hadapan dan dapat disentuh, seperti kangaroo dan koala.

Di taman bersama kangaroo. Kami diberi peluang untuk memberikan makanan kepada kangaroo tersebut. Tiada caj dikenakan untuk harga makanan.
Fawwaz semasa sesi Meet the Wombat and Friends
Ya, kali pertama untuk kami memegang ular.
Di hadapan sangkar musang, huhuh..
Kami akhirnya berehat santai dan makan di kafe berhadapan dengan Caversham. Harga makanan agak mahal (lebih kurang AUD60), dengan pembelian 2 pinggan makanan serta 3 jenis air.
Seterusnya, selepas berehat seketika, kami ke Margaret River Chocolate Factory, berhampiran juga dengan Caversham
Singgah di sini untuk membeli speciality chocolate. Kami bukan pemakan coklat tegar, jadi membeli tidaklah banyak mana. Tidak lama di sini, dalam 30 minit. Ada juga tempat yang disediakan untuk chocolate tasting.

Seterusnya, kami singgah di kilang Megabes, tempat membeli cenderahati dengan harga yang murah. Sebenarnya, Megabes mempunyai kedai di Fremantle E-shed Market dan ianya dibuka dari Jumaat-Ahad. Walau bagaimanapun, kami telah singgah ke kilangnya di Malaga. Sepatutnya, untuk datang ke sini, kami perlu membuat temujanji dahulu.

Tuan empunya kilang ini merupakan orang Singapura dan sangat-sangat peramah. Kami berborak dengan anak lelaki beliau, dan beliau telah mencadangkan beberapa tempat untuk kami pergi - seperti Hillary's Boat Harbour, Blue Boat House dan Cottlesloe Beach.

Singgah di Masjid Mirrabooka untuk solat jamak.

Ke Conventry Village berdekatan untuk membeli barang makanan, serta minyak wangi dan vitamin.

Untuk penutup hari kedua, kami singgah di Hillary's Boat Harbour. Cuaca agak sejuk dan sangat berangin kerana bersebelahan laut.

Sunday, 12 March 2017

Ready, set, go!

Rabbi yassir wala tu 'asir

Friday, 3 March 2017

7 years ago..

Suami pesan doakan yang baik-baik untuk Fateh sempena hari Jumaat.

Ibu doakan Fateh jangan jadi pendiam sangat, senang nak makan, dan jangan blur sangat.

Fateh memang anak yang baik dari kecil sampai sekarang.

Wednesday, 1 March 2017

Hari ke 26 di hospital

Sangat istimewa kerana dapat ketemu dengan Afi, kawan usrah semasa di MMU dan Zarid, bff lunch.

Aini memang rasa seronok sangat kawan rapat bertemu dengan beliau.

Dan Aini menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan dari sehari ke sehari.

We are always praying for your health Aini. Go go!

Wednesday, 22 February 2017

Melawat Fawwaz di Kuantan

Kami mengetahui Fawwaz mendapat tawaran melalui SMS yang diberikan oleh pihak MARA. Tak tersangka sebab sebenarnya saya menunggu Aini memberitahu bahawa Auni mendapat tawaran pada 23 Januari lepas.

Saya sampai tidak boleh tidur malam, sebab masih terkejut. Kemudian, apabila melihat surat tawaran secara atas talian, ternyata Fawwaz ditawarkan ke MRSM Kuantan. Pilihan kami ketika itu sebenarnya adalah MRSM Bentong. Catatan ini bukanlah bermaksud saya ingin berbangga diri atau riak. Alhamdulillah, dah dilorongkan pula rezeki dari Allah, Fawwaz ditawarkan ke MRSM.

Kami memberitahu Fawwaz pada keesokan harinya, dan ketika itu beliau masih ingin berfikir untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Malahan, keputusan diberikan pada malam itu kepada kami. Suami pun positif dengan penerimaan Fawwaz.

Lalu bermulalah 2 minggu itu, kami sibuk menyediakan barang-barang ke asrama. Pendaftaran pada 6 Februari (2 hari selepas Aini disahkan stroke), jadi agak gundah gulana juga ketika menguruskan barang-barang keperluan. Mertua datang dari Melaka untuk satu hari, bagi menguruskan anak-anak yang bersekolah. Terima kasih Mak Ayah sebab membantu.

Bertolak ke Kuantan pada 5 Februari, dan pada malam itu, kami telah ke sekolah untuk melihat kawasan MRSM tersebut. Sekadar melihat jalan dan menganggarkan masa yang diperlukan esok semasa pendaftaran.

Alhamdulillah, hari Isnin semasa pendaftaran, kesemuanya selesai secara pantas. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu Cikgu Naszeri, guru Pendidikan Jasmani di MRSM Jasin dahulu, yang telah dilantik menjadi Pengetua MRSM (mungkin saya akan bercerita kisah ini kemudian, hahaah).

Fawwaz ditempatkan di blok dorm J, dan para pelajar senior membantu Fawwaz untuk sesi pendaftaran serta membawa barang ke asrama.

Dalam dorm.

Menunggu sesi penerangan dari Pengetua.

Selesai urusan, kami ke Teluk Cempedak, meluangkan masa.

Fawwaz membawa Faiq melihat biawak
Selepas selesai segala urusan, kami bertolak balik ke KL. Kami telah berjanji melawat dia pada 18 Februari (balik bermalam) sambil membawa adik beradiknya makan angin di Kuantan.

Alhamdulillah, he is coping well. Minta juga dia doakan agar Aini cepat sembuh.

Yang kelakarnya, ketika kami mengambil beliau, sampai sahaja di homestay, dia terus tidur.

Dia siap komen kepada Amni, "Amni tidak tahu nikmatnya tidur sehingga masuk asrama."
Hahaha. Maklumlah dia perlu tidur jam 12 tengahmalam dan bangun jam 5 pagi. Selepas itu dia bertanya pada saya, dan saya menjawab, " Ya, ibu faham. Ibu juga budak asrama."